Skuad renang negara menceriakan kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 apabila meraih lima pingat emas di Stadium Akuatik Jakabaring, di sini pada Sabtu.
Pencapaian itu sekali gus mencerahkan peluang kontinjen negara untuk mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya dwitahunan itu.
Berbaki sehari sebelum temasya itu melabuhkan tirai esok, Malaysia sudah mengumpul 38 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.
Dalam aksi hari ini, perenang negara Kevin Yeap meraih pingat emas dalam acara 1500m gaya bebas lelaki, sekali gus memperbaharui rekodnya sendiri apabila mencatat 15 minit 53.67 saat, menewaskan rakan sepasukan, Vernon Lee (16:14.79s) dan Jessie Khing Lacuna dari Filipina (16:47.15s).
Rekod Kevin sebelum ini, ialah 16:34.84s yang dilakukan pada AUG 2012 di Laos.
Kevin berkata beliau berpuas hati dapat memperbaharui rekod kejohanan, namun terkilan kerana sekadar menyumbangkan satu pingat emas pada temasya kali ini, berbanding lima emas di Laos, dua tahun lepas.
"Saya berpuas hati dapat memperbaharui rekod kejohanan. Selepas beraksi di Sukan Asia baru-baru ini saya berehat seketika dan kembali bertanding di sini tetapi saya hanya dapat meraih satu pingat emas berbanding di Laos, saya menang lima acara," kata Kevin.
Turut memperbaharui rekod kejohanan dan meraih pingat emas ialah Chui Lai Kwan dengan catatan 57.97s dalam acara 100m gaya bebas wanita. Lai Kwan memperbaharui rekod perenang Indonesia, Patricia Yosita Hapsari 58.08s pada AUG 2012.
Pingat perak dimenangi oleh Hannah Dato dari Filipina (58.06s) manakala pingat gangsa milik Sriphanomthorn Banjaporn dari Thailand (58.12s).
Perenang berpengalaman Khoo Cai Lin pula meraih pingat emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu dengan catatan 18.88 saat, manakala pingat perak dimenangi Raina Grahana dari Indonesia (2:19.54s) dan Hannah Dato meraih pingat gangsa (2:22.62s) untuk Filipina.
Seorang lagi perenang elit negara, Shaun Yap turut meraih emas dalam acara 50 meter kuak dada dengan catatan 29.12s menewaskan Dennis Tiwa dari Indonesia dengan masa 29.29s sementara Ketin Nuttapong dari Thailand meraih gangsa dengan catatan 29.49s.
Erika Kong pula cemerlang dalam acara 50m kuak dada wanita dengan catatan 32.93, menewaskan dua perenang tuan rumah, Margaretha Kreta Pradani (34.34s) dan Christina Sugiono (34.68s).
Kuartet 4x100m negara yang diwakili Tern Jian Han, Shaun Yap, Jie Chan dan Daniel Bego pula sekadar meraih pingat gangsa.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Berbaki sehari sebelum temasya itu melabuhkan tirai esok, Malaysia sudah mengumpul 38 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa. - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Skuad renang ceriakan kontinjen Malaysia, raih lima pingat emas
Skuad renang negara menceriakan kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 apabila meraih lima pingat emas di Stadium Akuatik Jakabaring, di sini.