awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA

Bernama
Bernama
22/05/2024
07:23 MYT
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Pemain berusia 25 tahun itu melonjak ke ranking ke-10 dunia dalam senarai terkini dikeluarkan Jelajah PSA Wanita pada Isnin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
PSA dalam kenyataan memaklumkan pengiktirafan ini diberi berdasarkan pencapaian sepanjang musim 2023/2024 dalam beberapa kejohanan bertaraf platinum, emas, perak dan gangsa dengan antaranya Terbuka British, Terbuka Manchester dan QSF3 yang sedang berlangsung.
"Undian akan ditutup pada 27 Mei (Isnin) 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan pada majlis makan malam Anugerah PSA diadakan di The Book Rotunda di Birmingham pada Sabtu, 8 Jun.
"Proses pengundian terbahagi kepada dua bahagian, menggabungkan undian oleh peminat skuasy di media sosial dan undian oleh Jawatankuasa Anugerah PSA - kumpulan terdiri daripada bekas pemanin berpengaruh, ahli media, penganjur kejohanan dan wakil Lembaga PSA," katanya dalam kenyataan menerusi laman sesawang PSA di www.psaworldtour.com.
Selain Sivansangari, empat lagi pemain wanita yang turut dicalonkan ialah pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini, Nouran Gohar dan El Hammamy dari Mesir selain pemain Amerika Syarikat, Olivia Weaver.
Pemain berusia 25 tahun itu melonjak ke ranking ke-10 dunia dalam senarai terkini dikeluarkan Jelajah PSA Wanita pada Isnin susulan pencapaiannya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Skuasy di Kaherah, Mesir, serta kecemerlangan dalam kejohanan London Classic bulan lepas, sekali gus menjadi pemain wanita ketiga negara menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern.
Ayuh berikan undian anda buat Sivasangari di sini!
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Sivasangari
#Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional
#PSA
#rebut anugerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan