awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers harus bangkit segera - Marhan

Bernama
Bernama
03/10/2023
20:40 MYT
Speedy Tigers harus bangkit segera - Marhan
Marhan berkata rakan sepasukannya harus kekal positif menjelang aksi terakhir itu untuk mendapatkan kedudukan kelima, supaya dapat meneruskan cabaran kelayakan ke Paris 2024. - Foto Facebook/Asian Hockey Federation
HANGZHOU: Skuad hoki lelaki negara harus segera bangkit daripada kekecewaan gagal mara ke pusingan separuh akhir di Sukan Asia bagi meneruskan misi memburu kelayakan Olimpik Paris 2024.
Malaysia, yang menduduki ranking ke-10 dunia, memulakan kempen Kumpulan B dengan baik apabila membelasah Thailand 9-0, Oman 11-1 dan Indonesia 9-2, namun terlepas peluang ke separuh akhir selepas tewas tipis 3-4 kepada Korea Selatan dan terikat 4-4 menentang China, pada malam Isnin.
Pasukan yang dikenali sebagai Speedy Tigers itu, seterusnya akan bertemu Pakistan pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam, Jumaat ini.
Kapten pasukan kebangsaan Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata rakan sepasukannya harus kekal positif menjelang aksi terakhir itu untuk mendapatkan kedudukan kelima, supaya dapat meneruskan cabaran kelayakan ke Paris 2024.
"Satu keputusan yang negatif dan kecewa kerana tak dapat masuk separuh akhir, dalam masa sama sasaran (emas) untuk kejohanan ini tidak tercapai. Sebagai kapten, saya kena teruskan perasaan positif untuk bermain perlawanan seterusnya, tidak boleh kalah kerana mata ranking penting untuk Kejohanan Kelayakan nanti.
"Kita tak boleh leka kerana masih lagi ada peluang (untuk Olimpik). Selepas ini kena bekerja lebih keras dan naikkan intensiti kerana pada kejohanan itu, semua pasukan yang beraksi adalah kuat dan terbaik di dunia," katanya.
Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Chong Kim Fatt meminta skuad Speedy Tigers dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk melakukan pascanilai terhadap prestasi mereka untuk segera bangkit.
"Kita berasa sedih kerana mahukan hoki harumkan nama negara dan dapatkan pingat. Tetapi saya juga berasa bangga kerana mereka berani dan bersemangat untuk mengejar emas, sebagai CDM saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia.
"Kita harus buat kajian teliti untuk bangkit dan melihat bagaimana kita boleh capai sasaran pada temasya akan datang. Perlu belajar daripada kesilapan kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Speedy Tigers
#capai sasaran
#mata ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan