KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di Siri Jelajah Belgium dengan penuh bergaya apabila menundukkan Perancis 4-2 pada aksi yang berlangsung di Waterloo Ducks Hockey Club, di Waterloo, Belgium hari ini.
Meskipun skuad kendalian A. Arul Selvaraj ketinggalan seawal minit keenam perlawanan apabila Perancis membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti, Speedy Tigers bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-17 oleh Muhammad Razie Abd Rahim.
Perancis terus merobek gawang Speedy Tigers menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22 sebelum Muhammad Aminuddin Mohd Zain menyamakan kedudukan pada minit ke-28.
Skuad hoki negara yang mula mendapat rentak terus mengasak gawang lawan dengan meledak jaringan padang menerusi Muhamad Ramadan Rosli pada minit ke-45 dan Muhammad Razie menoktahkan kemenangan skuad kebangsaan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-54.
"Perancis lebih menguasai perlawanan 57 peratus berbanding kita (Malaysia) 43 peratus namun kami dapat apa yang kami mahu iaitu kemenangan," kata Arul Selvaraj menerusi video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Arul Selvaraj berkata selepas pulang ke Malaysia, skuad itu akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022.
Malaysia yang berada di ranking ke-10 dunia sebelum ini menundukkan tuan rumah Belgium 1-0 pada 27 Sept lepas sebelum dibelasah 0-7 oleh Belgium pada hari berikutnya (28 Sept).
Semalam, anak buah Arul Selvaraj tewas tipis 2-3 kepada Perancis yang berada pada ranking ke-11 dunia.
Siri Jelajah Belgium adalah bagi mempersiapkan skuad negara menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak, dari 1 hingga 10 Nov ini dan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di Siri Jelajah Belgium dengan penuh bergaya apabila menundukkan Perancis 4-2. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Beri sokongan kepada Revington, jauhi perselisihan - Tengku Abdullah
Keputusan Paul Revington utuk terus kekal bersama Skuad Hoki Kebangsaan mendapat reaksi positif Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.