Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan venue bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara pasukan Harimau Malaya dan Thailand pada 20 Disember ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue paling sesuai memandangkan perlawanan itu penting dan mampu menampung jumlah penonton yang besar.
"Kita menjangkakan semua tiket habis dijual nanti.
Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue terbaik kerana mampu menampung lebih ramai penonton iaitu sebanyak 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan padang di stadium itu bersama-sama Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad.
Hamidin berkata, beliau dan Azzudin berpuas hati dengan keadaan rumput di padang stadium itu, yang dilihatnya lebih baik berbanding stadium di negara lain yang turut menjadi venue perlawanan Piala AFF Suzuki.
"Walaupun ada beberapa kerja-kerja akhir, saya yakin dalam masa kurang seminggu, Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi gelanggang penentuan juara Piala AFF Suzuki 2014," kata Azzudin.
Bekas setiausaha Agung FAM itu berkata daripada pemerhatiannya, padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 40 peratus lebih baik jika dibandingkan dengan gelanggang perlawanan sebelum ini termasuk My Dinh National Stadium di Hanoi, Vietnam yang menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam Khamis lepas.
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata beliau rasa gembira apabila akhirnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah pihaknya bertungkus-lumus berusaha membaik pulih rumput sejak sebulan lepas.
"Kedua-dua pihak FAM dan AFF memberi lampu hijau bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memenuhi piawaian dan semua dapat melihat sendiri bahawa keadaan rumput bertambah baik daripada sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.
Kementerian mencuba dua jenis rumput iaitu 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' untuk padang stadium itu.
Bernama
Sat Dec 13 2014

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah usaha giat membaik pulih rumput sejak sebulan lepas dilakukan. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
![[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan [TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736239594_BumbungAxiataArena.jpg)
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.

PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.

Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.

Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.

Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.

Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.

Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.