Penyerang Uruguay, Luis Suarez tidak dapat menyekat air matanya daripada keluar apabila terpaksa menghampakan rakan sepasukan di Liverpool dengan meledak dua gol.

Dalam pada masa yang sama penyerang tersebut berpendapat kemenangan ke atas England berjaya menjawab kritikan yang dilemparkan susulan kekalahan pasukan itu kepada Costa Rica.

Luis  Suarez
Luis Suarez tidak dapat membendung air matanya - (AP Photo/Matt Dunham)

"Saya mengimpikan gol-gol itu.

"Kami begitu menderita. Tapi kami menang dan itu lebih penting. Kami bakal menempuhi cabaran getir untuk bertemu Itali, yang merupakan perlawanan lebih sukar.

"Kepada yang mengkritik kami, inilah dia," terang pemain berusia 27 tahun itu.

Suarez turut mendedahkan dia bergelut di penghujung perlawanan.

"Saya mengalami kekejangan lebih 10 minit sebelum gol kedua saya.

"Tetapi sesuatu berkata kepada saya bahawa saya tidak boleh meninggalkan padang. Ketika meraikan gol pertama, saya berkata kepada ahli terapi kerana jika bukan kerana dia, saya mungkin tidak dapat bermain di Piala Dunia."