awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2024
07:25 MYT
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara. - Foto Bernama
SUDAH tiba masanya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencurahkan bakti beliau menjadi jurulatih selepas mengumumkan persaraan berakhirnya Olimpik Paris 2024 pada Isnin.
Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
"Saya rasa mungkin dengan umur beliau sekarang 36 dan Olimpik akan datang 40 tahun sukar untuk beliau bersaing dengan pelumba muda.
"Mungkin saya rasa ini masanya untuk beliau menabur bakti sebagai jurulatih atau penasihat dengan pengalaman lima kali beliau di Olimpik," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.
Mengulas mengenai kelompongan yang akan timbul dengan ketiadaan Azizulhasni dalam pasukan berbasikal trek, Hamidin percaya Shah Firdaus Sahrom sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar membawa pingat kepada negara di Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya fikir Shah Firdaus dan adik beliau (Ridwan Sahrom) berupaya untuk mengisi tempat di Olimpik akan datang," katanya.
Sebelum ini, Azizulhasni memberikan bayangan bersara apabila telah berjanji kepada keluarganya bahawa Paris 2024 akan menjadi sukan Olimpik terakhirnya selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022.
Di Olimpik Paris, beliau tidak bernasib baik apabila dibatalkan penyertaan pada pusingan pertama acara keirin akibat kesalahan melintas pacer.
Untuk rekod, beliau memenangi pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebelum merangkul pingat perak di Tokyo 2020 selain pernah memenangi pingat emas keirin pada Kejohanan Dunia 2017. -- Sinar Harian
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Hamidin Mohd Amin
#Sukan Olimpik Paris 2024
#jadi jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan