PENGGUGURAN ratu trek negara, Fatehah Mustapa, adalah wajar berdasarkan prestasi semasa yang tidak konsisten bagi memberi ruang kepada pelumba yang lebih layak untuk bertanding dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, tidak terkejut dengan keputusan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menggugurkan Fatehah selepas menilai pencapaian hambar dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Kecederaan pergelangan tangan juga turut menjadi faktor dia tidak disenaraikan dengan melihat peluang untuknya membantu negara meraih pingat adalah tipis.
Meskipun Fatehah melakar sejarah dalam Sukan Asia Incheon 2014 apabila merangkul perak dalam acara keirin, Norza percaya percaturan PKBM yang meletakkan sandaran kepada atlet lain yang lebih berpotensi untuk menggalas cabaran di Jakarta-Palembang adalah tepat.
"Mereka mengatakan terdapat atlet lain yang lebih layak untuk mewakili PKBM dalam Sukan Asia.
"Saya sudah bertanyakan beberapa kali, PKBM meyakinkan kami bahawa mereka telah membuat keputusan yang tepat," kata Norza.
Hari kedua mesyuarat jawatankusa pemilihan terakhir atlet menyaksikan seramai 44 atlet disenaraikan dalam kategori A dan 98 orang bagi kategori B daripada 17 persatuan sukan yang hadir.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, tidak menolak kemungkinan sesetengah persatuan yang kekurangan bajet akan mengurangkan lagi bilangan atlet dalam kategori B.
"Walaupun dalam kategori B, mungkin persatuan yang tidak mempunyai sokongan kewangan akan menarik diri.
"Jadi, bilangan keseluruhan kontinjen negara akan turut berkurangan," ujarnya.
Astro Arena
Tue Jun 05 2018
Kecederaan pergelangan tangan juga turut menjadi faktor dia tidak disenaraikan dengan melihat peluang untuk Fatehah membantu negara meraih pingat adalah tipis. - Gambar fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Fatehah beri tumpuan lahirkan lebih ramai atlet berbasikal wanita
Fatehah yang kini merupakan pembantu jurulatih Program Pelapis Kebangsaan, berkata dia kini sedang giat melatih 11 orang atlet.
Fatehah sahut sasaran tinggi MSN lahirkan pelapis berwibawa
Fatehah perlu memastikan pelumba pilihannya menerusi program pencarian bakat mampu menyumbangkan pingat dalam Kejohanan Trek Remaja Dunia dan Asia 2024.
Kejayaan di kejohanan kebangsaan medan terbaik Azizulhasni buru tiket ke Tokyo
Beliau tidak sangka dapat menewaskan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.
Perjalanan saya masih jauh - Farina Shawati
'Perjalanan saya dalam sukan berbasikal trek ini masih jauh. Saya tidak boleh terus berpuas hati dan perlu terus berusaha.'
Fatehah kecewa, Farina Shawati cipta kejutan acara keirin
Lebih pahit, dia turun di kedudukan tercorot ekoran adanya protes daripada pelumba Kanada yang mendakwa Fatehah menghimpit dan menghalang kayuhannya.
Kasut tercabut daripada pedal rencat kayuhan Fatehah
Beliau berkata masalah kasut yang dihadapinya ketika melakukan kayuhan pada aksi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasinya sehingga gagal merekodkan catatan masa lebih baik.
Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.
Panjat pokok bagi sokongan rakan sepasukan
Gelagat "The Pocket Rocketman" itu menarik perhatian orang ramai yang hadir memberi sokongan kepada pasukan negara, sehingga ada dalam kalangan mereka menggunakan peluang mengambil gambar Azizul.
SUKAN ASIA: Kilauan perak ceriakan kontinjen negara
Kilauan perak sumbangan pelumba trek wanita negara Fatehah Mustapa telah menceriakan kem kontinjen negara pada hari kedua temasya Sukan Asia ke-17 di sini pada Ahad.
Fatehah lengkapkan kemenangan 4 emas
Ratu pecut negara, Fatehah Mustapa meraih pingat emas peribadi keempat dalam Lumba Basikal Grand Prix Trek Asia Tenggara 2013.