awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia: Daren dipilih ganti Chong Wei

Astro Arena
Astro Arena
07/08/2018
11:52 MYT
Sukan Asia: Daren dipilih ganti Chong Wei
Daren mengetepikan pemain muda, Cheam Jun Wei, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chong Wei. - Foto Stadium ASTRO
PEMAIN badminton profesional negara, Liew Daren, dipilih menggantikan Datuk Lee Chong Wei untuk beraksi dalam acara perseorangan Sukan Asia Indonesia selepas meraih gangsa Kejohanan Dunia di Nanjing, China, minggu lalu.
Daren mengetepikan pemain muda, Cheam Jun Wei, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chong Wei.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan bersama Daren selepas tiba ke tanah air dari China, hari ini.
"Kami telah membuat keputusan untuk menggantikan Chong Wei dengan Daren. Seperti yang saya katakan, hari ini adalah hari mesyuarat pendaftaran delegasi, sepatutnya kami tukar dengan Jun Wei tetapi dia (Daren) bernasib baik.
"Kami tidak memasukkan nama Jun Wei tetapi nama Daren. Kami terus tukar (ganti) Chong Wei.
"Maksudnya, skuad perseorangan diwakili Daren dan Lee Zii Jia," kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Pemain Akademi Badminton Air Asia itu berjaya mengekalkan reputasinya sebagai perseorangan kedua terbaik negara di belakang Chong Wei.
Daren, yang kali terakhir beraksi di atas tiket BAM pada 2016, ketika ini menghuni ranking ke-39 dunia.
Sementara itu, pengeluar jenama sukan, Bata, dipilih sebagai penaja kasut rasmi kontinjen negara ke Sukan Asia.
Topic Berkaitan
#Akademi Badminton Air Asia
#BAM
#Cheam Jun Wei
#Indonesia
#kejohanan dunia
#Lee Chong Wei
#Liew Darren
#Nanjing
#Persatuan Badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan