awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2023
10:39 MYT
Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha
ARUL: "Saya tidak tahu nak cakap mana-mana, tiada kesimpulan, saya sendiri pun tidak tahu nak cakap macam mana." - Gambar fail/Bernama
KEKALAHAN terbaharu 2-5 The Speedy Tigers kepada Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam hari ini membangkitkan persoalan mengenai situasi di bilik persalinan.
Kem negara dikecewakan lagi dalam kempen Sukan Asia Hangzhou biarpun menggalas misi menggunung merebut pingat emas tetapi akhirnya mengulangi pencapaian terburuk dalam edisi di Doha pada 2006.
Lebih-lebih lagi, mereka mempertaruhkan sebahagian besar barisan sama dalam kejayaan muncul naib juara Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, bulan lalu.
Kegagalan ini juga menggugat impian skuad kendalian Arul Selvaraj itu untuk mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris yang bakal diadakan tahun depan, malah bukan sahaja mencalarkan kredibilitinya dalam merencana strategi ampuh selaku ketua jurulatih.
""Saya tidak tahu nak cakap mana-mana, tiada kesimpulan, saya sendiri pun tidak tahu nak cakap macam mana.
"Buat masa ini biarlah ia berlalu. Kami gagal dengan teruk jadi ayuhlah pandang ke depan dengan memikirkan bagaimana untuk melalui kelayakan (Sukan Olimpik).
"Kami tumbang tapi bukannya tidak boleh bangkit. Ini bukan kesalahan presiden dan KHM (Konfederasi Hoki Malaysia), ini kesalahan saya sebagai jurulatih dan pemain-pemain.
"Jadi kepada masyarakat di luar sana, berhenti mengecam presiden dan KHM. Ini tanggungjawab saya dan pemain-pemain, tiada siapa yang perlu dipersalahkan.
"KHM, MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) sudah berikan sokongan penuh," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan Asia Hangzhou
#skuad hoki lelaki Malaysia
#Speedy Tigers
#Arul Selvaraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan