HANGZHOU: Atlet berbasikal trek kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa dalam acara pecut lelaki Sukan Asia di Veledrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou, dekat sini, hari ini.
Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0, pada perlumbaan penentuan pingat gangsa.
Muhammad Shah Firdaus mencatatkan masa 10.0076 saat (s) pada perlumbaan pertama, 0.09s lebih laju dari pelumba China itu, sebelum mengesahkan kemenangannya dengan mengalahkan Chenxi dengan perbezaan 0.047 saat, selepas mencatatkan masa 10.367s pada perlumbaan kedua.
Beliau yang memenangi pingat perak dalam pecut berpasukan pada edisi lepas, gagal layak ke peringkat akhir selepas tewas kepada seorang lagi pelumba China Zhou Yu, pada perlumbaan separuh akhir.
Pelumba Jepun Kaiya Ota menang emas selepas mengalahkan Zhou pada perlumbaan akhir, pada ketika ketiadaan Juara Asia dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menarik diri akibat kecederaan dialami pada sesi latihan, baru-baru ini.
Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus mengejutkan pemenang pingat perak Kejuaraan Asia Shinji Nakano dari Jepun pada suku akhir.
Adiknya Muhammad Ridwan, 22, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketujuh acara pecut lelaki, selepas tewas kepada Zhou pada suku akhir.
Muhammad Shah Firdaus, bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis, akan meneruskan aksi mereka dalam acara keirin lelaki esok.
Sementara itu Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzari Mohd Asri, kedua-dua mereka layak ke suku akhir acara pecut wanita yang dijadualkan berlangsung esok.
Acara berbasikal trek memulakan kempen mereka dengan pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan menerusi trio wanita Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati dan Anis Amira, dan trio lelaki Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan dan Muhammad Fadhil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0, pada perlumbaan penentuan pingat gangsa. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.