awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Paris 2024: 3.25 juta tiket terjual bagi fasa pertama

Bernama
Bernama
10/03/2023
11:38 MYT
Sukan Olimpik Paris 2024: 3.25 juta tiket terjual bagi fasa pertama
Bagi Sukan Olimpik, sejumlah 10 juta tiket akan dijual, manakala 80 peratus daripadanya akan tersedia melalui platform tiket rasmi. - Foto Paris Olimpik 2024
PARIS: Sebanyak 3.25 juta tiket Sukan Olimpik Paris 2024 berjaya dijual dalam fasa pertama, menurut penganjur pada Khamis.
Buat pertama kali dalam sejarah Olimpik, tiket tersedia menerusi satu platform dengan dijual dalam bentuk pek selama tiga minggu untuk fasa pertama, menyaksikan peminat dari 158 negara dan wilayah mendaftar untuk jualan, lapor Xinhua.
"Sambutan orang ramai terhadap fasa pertama penjualan tiket benar-benar luar biasa. Dengan lebih 3.2 juta tiket terjual dalam masa kurang daripada tiga minggu, sambutan melebihi jangkaan dan kami amat berterima kasih," kata presiden Paris 2024 Tony Estanguet.
Tiket untuk mendaki dan gaya bebas BMX habis dijual pada hari pertama, manakala tiket untuk sukan lawan pedang, judo, dan berbasikal trek semuanya habis dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Bagi Sukan Olimpik, sejumlah 10 juta tiket akan dijual, manakala 80 peratus daripadanya akan tersedia melalui platform tiket rasmi.
Fasa jualan seterusnya, khusus untuk tiket individu, perlu mendaftar dari 15 Mac hingga 20 April.
Baki tiket akan tersedia berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Selain itu, sejumlah 70,000 tiket untuk majlis perasmian yang diadakan di Sungai Seine juga akan dijual dalam fasa kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#penganjur
#Tony Estanguet
#sungai seine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan