awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Para ASEAN: ISN terus pantau atlet berbasikal

Astro Arena
Astro Arena
09/09/2017
14:26 MYT
Sukan Para ASEAN: ISN terus pantau atlet berbasikal
Empat pelumba skuad Paralimpik negara menjadi mangsa kemalangan jalan raya ketika menjalani latihan di Lebuhraya LATAR Khamis lalu. - Facebook - Syed Mubarak Ali
JURUMUDI skuad basikal Paralimpik negara, Ridzuan Zainal dan Nursyafik Suhaimy, sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, namun peluang untuk pelumba acara tandem lebuh raya itu menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17 hingga 23 September ini, masih samar.
Dia antara empat pelumba skuad Paralimpik negara yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya ketika menjalani latihan di Lebuhraya LATAR.
"Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pelumba skuad berbasikal Paralimpik negara supaya cepat sembuh," kata Ridzuan.
Mereka yang tercedera akan menerima rawatan lanjut di hotel penginapan rasmi kontinjen negara dengan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Sementara itu, peluang dua lagi pelumba negara acara tandem, Khairul Nizam Mohd Ali dan Khairul Hazwan Wahab, belum dapat dipastikan selepas menjalani beberapa pemeriksaan ISN.
"Dalam proses pemeriksaan, mereka masih menunjukkan simptom gegaran dan dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang secukupnya," kata Pegawai Perubatan ISN, Dr Azil Syazwan Mohd Ali.
Topic Berkaitan
#atlet negara
#basikal
#ISN
#para asean
#ridzuan zainal
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan