awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Atlet layar risau keselamatan keluarga di Sabah

Astro Arena
Astro Arena
08/06/2015
12:00 MYT
Sukan SEA: Atlet layar risau keselamatan keluarga di Sabah
Berikutan gempa, atlet pelayaran negara yang beraksi pada Sukan SEA 2015, menyuarakan kerisauan terhadap keselamatan keluarga mereka. - Foto Astro Arena
Pemenang pingat emas acara berpasukan optimist bawah 16 tahun Sukan SEA Singapura, Nur Aisah Rose Ramlee berkata beliau masih bimbang dengan keselamatan keluarganya di daerah Kinarut yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kota Kinabalu.
"Saya menghubungi keluarga setiap hari bagi memastikan mereka selamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nur Aisah, 14, berkata beliau hampir hilang fokus sebelum memulakan aksi semalam, namun berjaya mengembalikan tumpuan kepada perlumbaan bagi membantu pasukan meraih pingat emas.
Selain Nur Aisah, pasukan optimist negara dibarisi Muhammad Fauzi Kaman Shah (kapten), Abdul Latif Mansor, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri dan Muhammad Dhiauddin Rozaini.
"Siapa yang tidak risau dengan keadaan keluarga tersayang apabila berjauhan daripada mereka.
"Walaupun hanya gegaran kecil di Kinarut...saya tetap risau selagi tidak dapat bertemu mereka (keluarga)," kata Nur Aisah.
Nur Aisah berkata jika diikutkan hati, beliau ingin segera pulang ke Sabah, namun kepentingan negara menjadi keutamaannya pada masa ini.
"Saya perlu terus cekal walaupun acara saya sudah tamat bagi memberi bantuan dan sokongan kepada rakan sepasukan," katanya.
Sementara itu, Connie Roverra Tsen yang akan beraksi dalam acara Skiff 49erFX wanita pada Rabu ini, bersyukur kerana semua keluarganya dalam keadaan selamat walaupun tinggal di daerah Ranau yang merupakan pusat gempa bumi itu.
"Saya terus menghubungi keluarga di Ranau apabila mendapat berita mengenai gempa bumi dan mereka berada dalam keadaan selamat," katanya.
Pada Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di kebanyakan kawasan pantai barat Sabah termasuk Ranau pada 7.15 pagi. Pusat gempa yang terletak 16km barat laut di Ranau, turut dirasai di Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Topic Berkaitan
#Nur Aisah
#Nur Aisah Rose
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan