HANOI: Atlet bina badan menyumbang dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa, pada temasya Sukan SEA ke-31 di sini, selepas sembilan tahun sukan itu tidak dipertandingkan.
Azri Asmat Sefri, 29, membuat kejutan dengan meraih perak dalam kategori 55 kilogram (kg) pada hari pertama sukan tersebut di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.
"Ini merupakan pengalaman pertama saya beraksi di kejohanan luar negara, sebelum ini hanya kejohanan domestik sahaja.
"Saya gementar juga kerana pesaing yang berpengalaman, namun tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya selepas upacara penyampaian pingat.
Wakil tuan rumah Mach Pam Van memenangi emas, manakala Kyaw Min Than dari Myanmar memperoleh gangsa.
Pingat gangsa pula dihadiahkan oleh atlet berpengalaman Malvern Abdullah dalam kategori 65kg.
Vietnam merangkul emas menerusi Tung Dang Thanh, manakala Pongsiri Prommachan dari Thailand membawa pulang perak dalam acara tersebut.
Sementara itu, pengurus pasukan Syed Fairuz Syed Ali mengesahkan sandaran emas negara Syarul Azman Mahen Abdullah telah didapati positif COVID-19 semasa tiba di Hanoi Rabu lepas.
Namun, katanya juara dunia empat kali itu, yang turut dikenali sebagai Mike, telah dibenarkan untuk bertanding pada Ahad lepas, selepas keputusan ujian terakhir COVID-19 beliau didapati negatif.
"Ketika ujian praperlepasan di Kuala Lumpur, (ujian) beliau negatif, tetapi ujian calitan selepas tiba di hotel penginapan di sini positif.
"Beliau tiada apa-apa simptom dan kini telah menamatkan kuarantin untuk meneruskan misi emas," katanya.
Kali terakhir bina badan dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada edisi 2013 di Myanmar apabila Malaysia membawa pulang masing-masing satu emas, perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Azri Asmat Sefri, 29, membuat kejutan dengan meraih perak dalam kategori 55 kilogram (kg) pada hari pertama sukan tersebut di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi. - Bernama

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

Sukan SEA Hanoi: Hasrat dua peninju negara mara ke final tidak kesampaian
Hasrat untuk melihat dua peninju negara melangkah ke final pada Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian apabila mereka terkandas di peringkat separuh akhir di Gimnasium Bac Ninh dekat sini hari ini.

Sukan SEA Hanoi: 2 perak dalam genggaman skuad Muay Thai
Sekurang-kurangnya dua pingat perak sudah berada dalam genggaman kontinjen Malaysia apabila dua peserta Muay Thai negara melangkah ke saingan akhir Sukan SEA ke-31 di sini.

Sukan SEA Hanoi: Karate sumbang emas ke-36 kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas yang disumbang skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final.

Sukan SEA Hanoi: Badminton gagal pertahan emas perseorangan lelaki, wanita
Pemain muda badminton negara gagal mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan SEA.

Sukan SEA Hanoi: Skuad berbasikal negara tidak mengecewakan
Aksi pelumba berbasikal negara pada Sukan SEA ke-31 sekali lagi tidak mengecewakan apabila menghadiahkan sebutir pingat, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Nurul Syasya cipta kejutan, bidik emas pada penampilan sulung
Nurul Syasya mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Muhammad Syafiq berhadapan 2 lawan sebelum rangkul emas taekwondo
Atlet taekwondo negara Muhammad Syafiq Zuber terpaksa berhadapan dua "lawan" dari Vietnam dalam final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Ke-31 sebelum muncul juara.

Sukan SEA Hanoi: Pengorbanan Sharmendran berbaloi, raih emas hatrik
Pengorbanan yang dilakukan jaguh karate negara R. Sharmendran berbaloi apabila berjaya mencipta hatrik meraih pingat emas acara kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 hari ini.