HANOI: Acara olahraga yang membuka tirai pada Sabtu menjadi 'penyelamat' kepada pemburuan pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA ke-31 yang memasuki hari ketujuh.
Atlet baling tukul besi lelaki dan wanita negara Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei masing-masing menampilkan aksi cemerlang untuk menyumbangkan pingat emas ke-12 dan 13 Malaysia.
Sadat Maryuqi Ajisan pula berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara lontar tukul besi pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi.
Beberapa acara yang sebelum ini diletakkan harapan dapat menuai atau mencipta kejutan meraih kilauan emas bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan mereka sekali gus menyaksikan kontinjen negara turun dua anak tangga dalam carta kedudukan keseluruhan.
Dalam pada itu, pencapaian Iskandar Alwi memenangi pingat gangsa acara lompat galah buat kali keempat pada temasya Sukan SEA melegakan kem olahraga pada hari pertama selepas beberapa atlet yang diletakkan harapan meraih pingat gagal menepati sasaran.
Di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, skuad bina badan negara terus menampilkan aksi terpuji apabila menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa.
Buda Anchah dan Zmarul Adam Pulutan Abdullah masing-masing meraih perak manakala dua gangsa menerusi Zainal Arif Zainal Ariffin dan Muhammad Uzair Mat Noor.
Atlet lawan pedang negara Joshua Koh I-Jie turut tersenarai sebagai penyumbang pingat untuk kontinjen negara apabila memenangi gangsa dalam acara epee individu lelaki semalam.
Acara wusyu yang membuat kejutan meraih dua pingat emas semalam, gagal menghadirkan kilauan emas hari ini apabila sekadar meraih satu gangsa menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijiquan Wanita.
Sementara itu, Muhammad Khairi Adib Azhar memastikan sekurang-kurangnya pingat perak buat kem silat tanding negara apabila mara ke pentas akhir kelas B Lelaki (50-55 kg).
Skuad silat negara juga berpeluang menambah sekurang-kurangnya koleksi pingat perak selepas tujuh pesilat negara bakal bertarung di peringkat separuh akhir hari ini.
Saingan final akan berlangsung pada Isnin. Peserta yang tewas di peringkat separuh akhir secara automatik memperoleh pingat gangsa.
Pencapaian Malaysia memenangi dua pingat emas, dua perak dan lima gangsa pada Sabtu menyaksikan kontinjen negara turun daripada tempat kedua kepada kedudukan keempat dengan pungutan keseluruhan 13 emas, tujuh perak dan 21 gangsa.
Tuan rumah, yang memintas Malaysia di kedudukan teratas pada Rabu lepas, kekal mendahului carta dengan 36 pingat emas, 28 perak dan 27 gangsa meninggalkan Thailand di tempat kedua hasil kejayaan memenangi 14-13-30.
Indonesia pula di tempat ketiga selepas mengutip 13 emas, 14 perak dan enam gangsa.
Hari ini, tumpuan kontinjen negara adalah dalam acara bina badan apabila juara dunia empat kali Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mike,' dijadual beraksi dalam acara Athletics Physique dan berpeluang menyumbangkan pingat emas buat Malaysia.
Kem negara juga berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila skuad pingpong lelaki dijadual membuat perhitungan berdepan Thailand pada perlawanan akhir acara berpasukan.
Aksi jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli turut menjadi perhatian dan sudah tentu peluang beraksi di Hanoi enggan disia-siakan oleh atlet paralimpik negara itu yang akan bersaing dalam kategori normal.
Dua atlet yang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh, pula akan mengetuai cabaran Malaysia dalam acara memanah yang membuka tirai pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Atlet lontar tukul besi negara Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong bersama pingat emas yang dimenangi mereka. - Foto BERNAMA

Hoki Piala Asia 2022: Skuad The Speedy Tigers belasah Oman 7-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan aksi pembukaan Kejohanan Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia dengan penuh bergaya selepas membelasah Oman 7-0, hari ini.

Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.

Bola Sepak | TMJ cabar Sanusi dedah individu ‘kawal’ Liga Malaysia
Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini. Menerusi ciapan akaun Twitter pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen negara tamatkan saingan Sukan SEA ke-31 di Hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran badminton dan Muay Thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka merupakan See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.

Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad bola sepak negara terkandas di separuh akhir
Perjalanan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan di temasya Sukan SEA ke-31 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.