awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Kemboja: Isytihar masalah kesihatan atlet, elak isu doping

Bernama
Bernama
28/02/2023
20:35 MYT
Sukan SEA Kemboja: Isytihar masalah kesihatan atlet, elak isu doping
Semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan TUE supaya pihak ISN mengambil maklum isu kesihatan mereka selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan mengganggu ujian doping. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengurus setiap pasukan digesa mengisytihar status kesihatan lengkap semua atlet ke Sukan SEA Kemboja sebagai langkah mengelakkan isu doping di temasya dwitahunan yang berlangsung pada Mei ini.
Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke edisi Sukan SEA ke-32 itu, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, ia susulan kebimbangan pihak pengurusan terhadap atlet dengan penyakit asma yang dikhuatiri gagal ujian doping akibat pengambilan ubatan tertentu.
Beliau berkata, justeru, semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) supaya pihak Institut Sukan Negara (ISN) mengambil maklum isu kesihatan mereka selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan mengganggu ujian doping.
"Dari segi persiapan, atlet harus membuat pemeriksaan perubatan sebelum pergi dan mereka harus memaklumkan bahawa mereka ada asma, jadi ISN akan membuat persediaan tertentu.
"... Jadi tidak akan menjadi masalah mengenai doping itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke temasya sukan itu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, di sini, semalam.
Mengulas mengenai situasi terkini wabak Influenza A virus subjenis H5N1 yang meragut dua nyawa di Kemboja, Mohd Nasir menasihati semua pihak agar tidak panik kerana ISN akan mengambil langkah keselamatan terhadap semua atlet.
"ISN akan bawa 35 pegawai perubatan dan sembilan doktor namun kami menyarankan agar ISN menambah bilangan doktor," katanya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan pengurus pasukan agar bersiap siaga untuk berdepan cabaran logistik dan penganjuran secara umum di Kemboja, yang buat julung kalinya menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu.
Katanya ini kerana sukan itu berlangsung pada waktu kemuncak cuaca panas berdebu dijangka mencecah suhu 42 darjah Celsius yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Kemboja
#doping
#penyakit asma
#isytihar status kesihatan atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan