awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2023
00:30 MYT
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Khairul Hafiz Jantan (kiri) berkata, beliau terfikir untuk bersara pada 2019, namun, dihalang jurulatihnya Poad Kassim.
‘SAYA pernah terfikir untuk bersara pada 2019’, jika tidak dihalang jurulatihnya Poad Kassim, mungkin kita sudah hilang Khairul Hafiz Jantan ketika ini.
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.
Masalah kecederaan mendorong kepada penurunan prestasi yang begitu drastik selain kritikan yang cukup membuatkan dirinya terhiris.
Dua gangsa selepas menyepi selama empat tahun umpama amaran cukup jelas, Khairul masih figura yang boleh diletak harap pada masa hadapan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Md Poad Kassim kerana sentiasa menyokong saya untuk terus berusaha," kata Khairul.
"Saya sangat kecewa sebelum ini, namun jurulatih tetap yakin dengan kemampuan saya untuk terus berusaha mendapatkan kejayaan."
Rakan senegara yang turut berkongsi gangsa, Mohd Haiqal Hanafi, tampak suram di wajahnya.
Ditanya adakah sesuatu terbuku di hati, Haiqal lebih selesa meraikan kejayaan ke podium pada hari ini dengan melemparkan satu peringatan buat semua.
"Saya inginkan ucapkan selamat kembali kepada Khairul Hafiz dan terus maju jaya untuk masa akan datang," kata Haiqal.
"Setiap atlet memiliki bakat yang tersendiri dan saya berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong kami."
Dalam aksi final 100 meter lelaki hari ini, wakil negara, Khairul dan Haiqal menamatkan saingan di tempat ketiga menerusi catatan 10.45 saat namun pingat gangsa tidak diberikan kepada Khairul Hafiz oleh pihak penganjur.
Emas milik Soraoat Dapbang dari Thailand manakala Marc Brian Louis dari Singapura meraih pingat perak. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Kemboj
#Khairul Hafiz Jantan
#Khairul Hafiz hampir bersara
#pelari negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan