awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Larian berhalangan sumbang pingat sulung di Phnom Penh

Bernama
Bernama
06/05/2023
02:30 MYT
Sukan SEA: Larian berhalangan sumbang pingat sulung di Phnom Penh
Pingat pertama Malaysia hadir menerusi Wan Athirah Hidayah bagi kategori individu wanita dan kedua daripada Yoong Wei Theng untuk individu lelaki. - Foto Olympic Malaysia
PHNOM PENH: Sukan larian berhalangan menjadi penyumbang pingat pertama negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.
Atlet wanita, Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli menyumbang pingat pertama negara dan berkongsi kedudukan acara individu wanita bersama Anggun Yolanda Samsul Hadi biarpun tewas kepada peserta Indonesia, dalam penentuan pingat gangsa.
Wan Athirah Hidayah mencatat masa 41.724 saat (s) di belakang Anggun yang merekodkan masa 39.598s.
Meskipun berkongsi pingat gangsa, wakil acara lelaki individu pula, Yoong Wei Theng tetap memenangi saingan itu dengan menewaskan peserta tuan rumah, Ol Saoheang.
Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234s dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.
Wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan merekodkan 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).
2 pingat Gangsa dari Sukan Obstacle Race! Pingat pertama Malaysia hadir menerusi Wan Athirah Hidayah bagi kategori individu wanita dan kedua daripada Yoong Wei Theng untuk individu lelaki. #SEAGames32 #Cambodia2023 #OlympicMAS pic.twitter.com/zQVsoQei4E
— Olympic Malaysia (@olympicmas) May 6, 2023
Sementara itu, Wei Theng mengakui terkejut dengan insiden apabila Saoheang terjatuh pada halangan kedua pada acara hari ini.
"Ketika dia jatuh, saya terkejut tetapi saya teruskan untuk menamatkan perlumbaan tanpa terganggu dan hilang fokus," katanya.
Dalam pada itu, Wan Athirah Hidayah mengakui kesilapan ketika bergayut pada 70 meter (m) terakhir memberikan kelebihan buat lawannya memintasnya.
Bagaimanapun, beliau berharap dapat memperbaiki prestasi dan kembali lebih kuat untuk beraksi dalam saingan berpasukan menentang Kemboja esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Yoong Wei Theng
#atlet larian berhalangan
#Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan