KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) Brad Maloney percaya anak buahnya akan melaporkan diri untuk latihan pusat Sukan SEA sebelum 1 Mei, seperti yang dijanjikan kelab-kelab sebelum ini.
Selepas hanya lima daripada 31 pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat hadir semalam, Maloney mengulangi keyakinannya bahawa lebih ramai pemain akan menyertainya secara berperingkat, sebelum perlawanan persahabatan dengan skuad B-23 Timur Leste pada 29 April dan skuad B-23 Filipina pada 1 Mei.
Jurulatih kelahiran Australia itu berkata walaupun ia bukanlah sesuatu yang baik untuk memulakan latihan pusat dengan jumlah pemain yang terhad, namun beliau perlu berhadapan dengan cabaran itu dan mengubah suai mengikut yang perlu, sehingga kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) mula melepaskan pemain mereka sebelum berlepas ke Hanoi pada 4 Mei.
"Selepas senarai panggilan dikeluarkan, kami telah bercakap dengan kelab-kelab, para pemain, pengarah teknikal dan jurulatih, dan kami menerima jaminan bahawa semua pemain akan laporkan diri, jadi saya berharap perkara itu akan terjadi.
"Kami hormati keputusan kelab-kelab, tetapi ini tugas untuk pasukan negara. Saya tahu pemain bersemangat untuk mewakili negara, terutamanya Sukan SEA merupakan temasya terbesar Asia Tenggara, dan peminat Malaysia sedang menantikannya.
"Pada saya, kita perlu letakkan pemain yang terbaik untuk mewakili negara," katanya pada sidang media Kontinjen Sukan SEA Malaysia di Majlis Sukan Negara, hari ini.
Lima pemain yang melaporkan diri semalam adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Selain dua pemain yang beraksi dalam liga di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin di Belgium dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak di Jepun yang dijangka tiba minggu hadapan, pemain lain merupakan dalam kalangan pemain Liga-M.
Bekas pemain bola sepak berusia 50 tahun itu juga menyatakan, cabaran yang mungkin dihadapi di Hanoi adalah daripada Thailand dan Vietnam yang membuat pelaburan besar, bermain dan berlatih di luar negara, manakala Liga Thai turut mengubah jadual mereka bagi memastikan kesemua pemain boleh bermain untuk pasukan Sukan SEA mereka.
"Untuk kami ia satu cabaran sukar, tetapi kami tidak takut. Saya amat percayakan pemain-pemain ini. Sebaik kami dapat kumpulkan kumpulan utama yang kami lihat, saya percaya kami boleh berjaya," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan pemain mengalami kecederaan ketika perlawanan Liga-M dalam tempoh beberapa hari sebelum menyertai pasukan, beliau tidak mahu pesimistik, tetapi berkata akan gembira jika pemain dapat bemain dalam perlawanan liga masing-masing dan bermain untuk tempoh penuh 90 minit.
Diundi dalam Kumpulan B, Malaysia akan berhadapan Thailand pada 7 Mei, sebelum bertemu Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thien Truong di Nam Dinh. Hanya dua pasukan terbaik kumpulan layak ke separuh akhir.
Malaysia, yang memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2019 di Filipina.
Kali terakhir Malaysia memenangi 'ibu segala pingat' di temasya dwitahunan itu pada edisi 2011 di Indonesia, di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022

Maloney mengulangi keyakinannya bahawa lebih ramai pemain akan menyertainya secara berperingkat. - Gambar fail

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

11 atlet Kedah terima ganjaran RM21,000
Pemberian imbuhan tersebut diharapkan mampu menjadi perangsang kepada atlet-atlet lain supaya lebih gigih berlatih demi negeri dan negara.

Faizal Azumu ucap tahniah kepada 'Usain Bolt'
Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet itu agar tidak mengulangi kesilapan 'false start' pada separuh akhir acara 100m lelaki.

'Usain Bolt Malaysia' cemerlang SPM
Pelari pecut negara yang menerima julukan 'Usain Bolt Malaysia' memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.

Korea Selatan terlalu handal buat anak buah Maloney
Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan.

Ahmad Faizal gesa semua pihak, seteru politik bantu bangunkan sukan negara
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak semua pihak termasuk seteru politiknya Steven Sim, berhenti daripada menuding jari dan bersama-sama berganding bahu memperkasakan sukan tanah air.

Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.

Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.

Sukan SEA Kemboja: 'Kami akan bangkit di Kemboja' - MABA
Malaysia hanya memperoleh satu gangsa dalam temasya sukan serantau itu menerusi acara 5X5 wanita dalam Sukan SEA Hanoi.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.