HANOI: Biarpun berdepan cabaran sengit, pemain tengah Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan optimis skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan mampu mencipta kejutan meraih pingat emas acara bola sepak temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung bulan ini, di sini.
Bahkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II berusia 20 tahun itu melihat tiada sebab mengapa pasukan negara tidak berupaya menggengam semula kilauan emas selepas kali terakhir Malaysia memenanginya pada edisi 2011 di Indonesia.
Beliau percaya dengan komitmen serta kesungguhan tinggi rakan sepasukan, tidak mustahil mereka mampu mendepani apa saja cabaran daripada pasukan lawan.
"Pasukan lain pun pastinya nak berjuang untuk matlamat (menang pingat emas) yang sama, jadi mesti mereka akan bagi 100 peratus. Tetapi kalau kami boleh bagi 120 peratus, kami beri lebih daripada apa yang mereka bagi," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Muhamad Umar mengakui meletakkan harapan untuk meraih emas di Hanoi, selain Sukan SEA ke-31 istimewa buat dirinya kerana ia adalah penampilan kedua beliau di temasya sukan dwitahunan itu selepas turut beraksi pada edisi 2019 di Filipina.
Pada penyertaan sulungnya tiga tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan kumpulan di kedudukan kedua tercorot sekali gus gagal mara ke peringkat kalah mati, selepas cemerlang memenangi pingat perak pada 2017 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketua jurulatih B-23 negara Brad Maloney masih belum berani bercakap mengenai sasaran pasukannya di Hanoi.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Australia itu percaya pasukannya mempunyai kualiti tersendiri untuk memberikan cabaran sengit kepada lawan serta membawa pulang kejayaan.
"Sudah tentu, kami mahu berjaya dan saya percaya ia adalah kumpulan yang bagus, kami telah memilih pemain terbaik yang ada untuk ini (Sukan SEA)... pada pendapat saya, kita akan menjadi sangat kompetitif," katanya.
Di Hanoi, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan saingan acara bola sepak dengan menentang juara terbanyak Sukan SEA, Thailand Sabtu ini, diikuti Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja pada 16 Mei bagi memburu dua slot teratas kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Kesemua perlawanan Kumpulan B akan berlangsung di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Sabtu ini.
Sukan SEA ke-31 dijadual bermula 12 hingga 23 Mei dengan acara bola sepak antara sukan yang membuka saingan lebih awal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Muhamad Umar bercakap kepada media sebelum berlepas ke Vietnam untuk temasya Sukan SEA Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto BERNAMA
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.