KUALA LUMPUR: Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung pada 12 Mei ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penerjun berusia 22 tahun itu dipilih selepas memperagakan prestasi mengagumkan pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas walaupun terlepas peluang menyumbang pingat untuk negara.
Terjunannya di Jepun hampir membawa pulang pingat gangsa acara terjun papan anjal 3 meter (m) individu akhir, selepas menduduki tempat keempat dengan 326.15 mata, di belakang juara bertahan Shi Tingmao (383.50 mata), Wang Han (348.75) kedua-duanya dari China dan atlet Amerika Syarikat Krysta Palmet (343.75 mata).
"Kita merasakan sebagai atlet muda yang melakar pencapaian membanggakan di Sukan Olimpik, seharusnya atlet lain akan lihat beliau sebagai ikon kepada kontinjen kita.
"Personaliti Nur Dhabitah yang mesra, mudah didekati serta peramah melambangkan semangat kontinjen negara kerana walaupun kita berbekalkan 'belang harimau', namun 'harimau' ini yang rendah diri dan peramah dalam kita menghadapi Sukan SEA Hanoi," katanya.
Mohamad Norza berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen Malaysia 2022 di sini, hari ini.
Nur Dhabitah bakal beraksi dalam dua acara pada temasya dwitahunan itu kali ini, iaitu 1m papan anjal individu wanita selain bergandingan bersama ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata selain menjadi pakaian rasmi bagi Sukan SEA Hanoi, Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom serta Sukan Asia Hangzhou, China, ia juga akan dipakai kontinjen negara pada Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turki dan Sukan Asia Remaja di Shantou, China.
Katanya, pakaian rasmi direka khas dan dibekalkan syarikat Yonex Sunrise itu masih mengekalkan elemen corak belang harimau yang sinonim dengan kontinjen negara sejak pertama kali digunakan pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.
"Elemen harimau dikekalkan kerana ia simbol haiwan kepada negara kita selain pantas, kuat, daya tahan hebat tidak kira di air dan darat, yang seterusnya melambangkan karakter atlet kita," katanya
Setelah mengharungi tempoh sukar susulan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, Mohamad Norza percaya rekaan baharu pakaian rasmi itu mampu menyuntik semangat atlet untuk berjuang menggalas tugas negara di Vietnam.
Sukan SEA Hanoi akan berlangsung hingga 23 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Mohamad Norza (tengah) pada pelancaran pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang akan dipakai pada Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.