PHNOM PENH: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sasaran 10 emas untuk kem olahraga pada Sukan SEA 2023, adalah sasaran peribadinya sendiri.
Shahidan berkata ia merupakan matlamat utamanya setelah kembali memimpin KOM selepas sedekad, tanpa berbincang dengan barisan kejurulatihan.
"Namun, setelah melalui proses latihan dan sebagainya kita sebenarnya boleh dapat angka yang hampir dengan 10 emas...tapi kalau orang semua nak kritik (kegagalan mencapai sasaran) tiada masalah, semua boleh berbuat demikian," katanya.
Biarpun kem olahraga negara gagal melunaskan misi itu - selepas hanya membawa pulang lima emas, tiga perak dan 12 gangsa - Shahidan tetap berbangga dengan pencapaian skuad itu khususnya beberapa atlet muda.
Shahidan yakin pendedahan kepada atlet muda yang membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan itu, akan memberi pulangan besar kepada kontijen negara seterusnya mampu 'menggegarkan' Sukan SEA akan datang.
Pencapaian lima emas itu sekali gus menyamai pencapaian pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Di Kemboja, tiga atlet negara, Grace Wong (tukul besi wanita), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera lelaki) dan Andre Anura Anuar (lompat kijang lelaki) menampilkan prestasi cemerlang dengan mempertahankan emas.
Sementara itu, tatkala tumpuan lebih diberikan kepada jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang menepati ramalan menjuarai acara tersebut, atlet berusia 20 tahun, Umar Osman membuat kejutan menggondol emas pada penampilan pertamanya dalam acara itu bagi kategori lelaki.
Malah pemuda dari Kluang, Johor itu melakukan 46.34 saat (s) pada saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dipegang hampir 22 tahun oleh Mohd Zaiful Zainal Abidin, 46.41 saat (s), dicatatkan dalam Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei, 2001.
Kejayaan membanggakan Umar itu menamatkan kemarau emas acara itu selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.
Shereen pula kembali meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi podium sukan peringkat serantau itu bagi kategori wanita, selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei.
Bukan itu sahaja, kuartet 4x400m lelaki negara berjaya menamatkan kemarau pingat 10 tahun dengan membawa pulang gangsa, Jumaat lepas.
Kuartet dibarisi Umar, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S. Tarshan merekodkan tiga minit dan 08.82 saat (s) untuk merangkul gangsa, sekali gus menyamai pencapaian Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat acara tersebut pada edisi 2013 di Myanmar.
Antara muka baharu lain yang turut menyumbang pingat adalah Farell Glen Felix menerusi gangsa lompat tinggi lelaki serta Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling dalam 4x100m wanita yang merangkul gangsa bersama ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias.
Lebih manis, kuartet itu mencipta sensasi apabila memadam rekod lama kebangsaan 45.18s dicatat pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India pada 2017, dengan catatan baharu 44.58s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sasaran 10 emas untuk kem olahraga pada Sukan SEA 2023, adalah sasaran peribadinya sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun
Shahidan berkata, tajaan yang disalurkan itu bakal menjadi faktor penting untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet.
Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.
Sukan SEA: Sasaran 10 emas daripada saya sendiri - Shahidan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sasaran 10 emas untuk kem olahraga pada Sukan SEA 2023, adalah sasaran peribadinya sendiri.
Sukan SEA: KOM tak puas hati olahraga gagal tepati sasaran
Shahidan Kassim berkata harapan membawa pulang 10 emas yang diletakkan sebelum ini dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet negara sebelum mereka turun berjuang di bumi Kemboja.
Jurulatih harap pemilihan atlet ke Sukan SEA berdasarkan prestasi semasa
Mogan berkata, KOM perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.
Sukan SEA: KOM mahu 'kejar' Azeem hingga Amerika Syarikat
Ia bagi membolehkan pemegang rekod kebangsaan itu mendapat pelepasan daripada Universiti Auburn untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja.
Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu
Ahli gabungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal memilih pucuk kepimpinan baharu, sempena mesyuarat agung tahunannya pada esok.
Muthu dicabar Shahidan bagi jawatan Presiden KOM
Pemilihan tersebut akan diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM, 12 Jun ini.
20 atlet dijangka layak ke Hanoi berdasarkan merit - KOM
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, yang dijadual berlangsung pada 12-23 Mei ini.
KOM rancang tiga kejohanan sebagai persiapan Sukan SEA
Atlet akan dihantar bertanding di kejohanan luar negara bagi memastikan mereka mendapat pendedahan.