KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara dibarisi pemain muda menyasarkan untuk membawa pulang sebutir pingat emas pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang dijadual berlangsung 12 hingga 23 Mei ini.
Tanpa mendedahkan acara yang disasar, jurulatih skuad badminton ke temasya sukan dwitahunan itu, Datuk Misbun Sidek berkata sandaran untuk meraih pingat emas diletakkan di bahu pasukan lelaki.
Menurut Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, jumlah sasaran yang rendah adalah dipengaruhi tahap kekuatan skuad badminton negara selepas BAM mempertaruhkan kombinasi pemain remaja dan pelapis di Hanoi.
"Saya lihat ini masanya untuk kita kedepankan (tonjolkan) pemain muda seperti Justin (Justin Hoh), Ong (Xin Yee) dan Siti (Siti Nurshuhaini Azman) supaya pada masa akan datang kita ada pelapis yang boleh menggalas cabaran Malaysia.
"Jadi pada saya, apa boleh kita harapkan adalah kalau dulu kita dapat tiga emas, kali ini kita harapkan satu emas daripada pasukan lelaki, itu berdasarkan sasaran yang ditetapkan," katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, semalam.
Keputusan BAM menghantar skuad muda ke Hanoi dibuat memandangkan penganjuran Sukan SEA bertindih dengan kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand pada 8 hingga 15 Mei.
Sementara itu, Misbun berkata tiada sasaran diletakkan terhadap pasukan wanita kerana peluang yang dilihat tipis, namun berharap temasya sukan itu dapat memberi pendedahan berguna kepada anak buahnya dalam usaha mereka mencipta nama tersendiri.
"Kalau kita lihat daripada saingan memang kita nampak ia akan menjadi agak berat untuk pasukan negara, jadi apa yang kita buat adalah kita set pasukan ini sebagai pendedahan, sasaran tidak dapat dibuat kerana mereka (pemain) terlalu muda," katanya.
Sementara itu Justin mengakui tidak sabar untuk membuat penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.
"Memang saya sangat teruja kerana diberikan peluang beraksi di Sukan SEA, tetapi saya juga akan buat yang terbaik. Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih kerana beri peluang ini," katanya.
Sebagai rekod, kem badminton negara pada Sukan SEA 2019 di Filipina berjaya meraih tiga pingat emas masing-masing menerusi Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki, S. Kisona (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bagi acara beregu lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Misbun (tengah) bercakap pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, 5 Apr 2022. - Foto Twitter Misbun Sidek
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.