[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas

Astro Arena 12/05/2023 | 15:33 MYT
Nur Humaira Abdul Karim mencipta kejutan selepas merangkul pingat emas dalam acara poomsae individu wanita. - Foto Twitter/@AtletMalaysia
PHNOM PENH: Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Nur Humaira Abdul Karim mencipta kejutan selepas merangkul pingat emas dalam acara poomsae individu wanita.
Kegembiraan skuad taekwondo itu diteruskan kakaknya, Nur Hidayah dan pasangan, Ryan Loo yang memenangi pingat emas dalam acara poomsae berpasukan campuran.
"Lawan kali ini tidak sama berbanding Sukan SEA Manila. Ia merupakan jangka masa yang lama jadi tekanan menghadapi saingan kali ini," kata Hidayah.
"Namun tetap bersyukur berjaya meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#taekwondo #pingat emas #Sukan SEA Kemboja #Nur Humaira Abdul Karim