PEMAIN baru Everton, Wayne Rooney, mengakui adalah sukar untuk memanaskan bangku simpanan di Manchester United, musim lepas, yang mendorongnya untuk angkat kaki.
Rooney kembali menyertai Everton selepas 13 tahun di Old Trafford yang menyaksikan dia muncul penjaring terbanyak kelab dan memenangi setiap trofi utama kelab yang dipertandingkan.
Begitupun, pemain berusia 31 tahun itu hanya memulakan perlawanan dalam 15 penampilan sahaja pada musim lalu dengan merekodkan lima jaringan susulan ketibaan Jose Mourinho.
Rooney mendapat situasi itu sukar untuk ditelan meskipun dia cuba kekal positif ekoran peranannya sebagai ketua pasukan United, dan dia berpendapat perlu beraksi secara kerap untuk mencapai kemuncak prestasi.
"Jelas sekali ia amat mendukacitakan," kata Rooney.
"Ia merupakan kali pertama dalam karier saya tidak bermain. Ia bukan saya -- saya perlu beraksi.
"Saya kecewa namun oleh kerana saya adalah ketua pasukan, maka saya perlu mengekalkan suasana positif.
"Saya menikmati detik saya di sana tetapi perlu beraksi lebih kerap, saya kurang beraksi pada musim lepas dan sedar saya akan mempamerkan aksi terbaik andai diturunkan secara konsisten.
"Saya gemar beraksi dan itulah yang saya mahu lakukan. Saya bercakap dengan Jose dan ia adalah masa yang tepat untuk saya berhijrah dan beraksi di tempat lain."
Rooney tidak perlu menunggu lama untuk berdepan United, kedua-dua pasukan akan bertemu di Old Trafford pada 17 September nanti.
"Saya akan ke sana untuk cuba mendapatkan tiga mata buat Everton," katanya.
"Saya mengharungi detik hebat di Manchester United tetapi perlu meneruskan kehidupan bola. Pemain berhijrah dan saya kembali ke Everton."
Rooney turut diketepikan dalam dua perlawanan bersama skuad England, sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depannya di peringkat antarabangsa dengan Piala Dunia di Russia akan berlangsung tahun depan.
"Saya hanya fokus untuk beraksi baik di Everton.
"Jika saya akan kembali beraksi, maka Gareth Southgate perlu membuat keputusan.
"Kalau saya beraksi bagus di Everton, dia tidak boleh mengabaikan saya."
Astro Arena
Tue Jul 11 2017
Rooney (gambar) turut diketepikan dalam dua perlawanan bersama skuad England, sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depannya di peringkat antarabangsa dengan Piala Dunia di Russia akan berlangsung tahun depan. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta
Li dituduh memberi dan menerima rasuah serta mengambil bahagian dalam mengatur perlawanan.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Manchester City kembali di kelompok empat terbaik
Penyandang juara Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton, 3-1.
EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park
Garnacho sempurnakan hantaran silang Dalot dengan melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata
EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya bebas pada Mac atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanannya.
Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi
Ppengelola liga itu dilaporkan meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.
Dua gol Salah julang Liverpool
Kejayaan itu menyaksikan The Reds mengumpul 20 mata bagi mengatasi dua pencabar terdekat - Tottenham Hotspur dan Arsenal.
Luton Town mula sesuaikan diri tekanan EPL
Anak buah Edwards bertahan untuk menentang asakan sengit Toffees dengan gol dijelmakan Tom Lockyer dan Carlton Morris.