[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Sukma 2018: E-sukan menembak, pertempuran perlu ditonjolkan

Mariah Ahmad 05/09/2018 | 09:42 MYT
PUBG merupakan permainan video battle royale yang menjadi pilihan kebanyakan gamers di seluruh dunia sehingga mencatatkan jualan melebihi 30 juta salinan bagi versi Windows sejak ia dilancarkan sepenuhnya pada 20 Dis tahun lalu.
Sebilangan komuniti e-sukan mencadangkan agar kerajaan negeri Perak mengetengahkan e-sukan menembak seperti Counter-Strike: Global Offensive (CSGO), PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) dan e-sukan pertempuran seperti Tekken dalam acara 'Esports Experience' sempena Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.
Ada yang berpendapat, acara 'Esports Experience' itu perlu menonjolkan kepelbagaian kategori permainanan dan e-sukan.
Pengguna Twitter @arepwan berkata, pemilihan e-sukan Pro Evolution Soccer dan FIFA dilihat bertindih memandangkan kedua-dua permainan tersebut berada di bawah kategori e-sukan bola sepak.
"Lebih baik jika dapat memberi fokus satu e-sukan dalam satu kategori. Contohnya Mobile Legends merupakan kategori permainan video atas talian multi-pemain.
"Kateogri lain yang boleh diketengahkan adalah termasuk bola sepak dan menembak," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, ada juga yang mencadangkan e-sukan pertempuran ditonjolkan bagi memberi platform bagi pemain-pemain e-sukan ini dikenali ramai.
BACA: Sukma 2018: Dota 2 tak ditonjolkan sebab pemain sibuk
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi pengguna media sosial @adahnazar dan @green_ariff98 pula mengharapkan agar e-sukan Overwatch turut diketengahkan dalam acara itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun ramai yang mencadangkan beberapa e-sukan lain untuk ditonjolkan dalam acara 'Esports Experience' itu, tidak kurang juga menyambut baik usaha kerajaan negeri Perak yang mahu mempromosikan e-sukan sebagai satu sukan arus perdana bagi generasi muda.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI turut mendapatkan reaksi penganjur acara 'Esports Experience' itu dan menurut jurucakap Pejabat Pembangunan Belia dan Sukan Perak, pihak mereka masih mengadakan beberapa perbincangan dengan pasukan-pasukan e-sukan berkaitan.
Acara 'Esports Experience' sempena Sukma 2018 merupakan inisiatif kerajaan negeri Perak yang komited untuk merealisasikan agenda pembangunan e-sukan.
Ia akan berlangsung pada 21 dan 22 September nanti di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Tiga e-sukan yang disahkan akan ditonjolkan sempena penganjuran acara 'Esports Experience' itu iaitu Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA.
#Counter-Strike Global Offensive #csgo #PlayerUnknown's Battlegrounds #pubg #SUKMA #tekken