awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
27/05/2018
00:11 MYT
Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak
Ahmad Faizal (tengah) menerima jersi bola Perak dari Abdul Puhat (kiri) ketika sidang media pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu PKNP FC di Stadium Perak malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengetahuan dan pengalaman bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dalam selok-belok pengurusan Sukan Malaysia (SUKMA) masih diperlukan oleh kerajaan Pakatan Harapan di Perak.
Menyedari perkara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, khidmat Abdul Puhat akan diteruskan sebagai perunding untuk SUKMA edisi ke-19 yang akan bermula pada September.
Bercakap pada satu sidang media di Stadium Perak malam tadi, beliau berkata keputusan melantik Abdul Puhat sebagai perunding telah dipersetujui oleh pentadbiran kerajaan negeri.
"Bagi kita, kita tidak memikirkan latar belakang politik. Kita mahukan yang terbaik untuk negeri kita.
"Saya percaya, dengan perlantikan Abdul Puhat sebagai perunding kepada anjuran sukan ini, dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang ada sekarang ini tidak memilih bulu dan sanggup bekerja dengan sesiapa sahaja asalkan demi kebaikan negeri kita," kata Ahmad Faizal.
Pada malam tadi, beliau turut menonton perlawanan Liga Super Perak bertemu PKNP FC berkesudahan 4-3 memihak skuad The Bos Gaurus
Abdul Puhat sebelum ini merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk SUKMA Perak 2018 dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini, beliau bertanding di Parlimen Parit Buntar dan tewas kepada calon Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Sementara itu, Abdul Puhat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Topic Berkaitan
#Abdul Puhat Mat Nayan
#Ahmad Faizal Azumu
#bola sepak
#perunding
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan