KUCHING: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Bumi Kenyalang Ogos ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri dan juga kontinjen jemputan Brunei pada temasya dwitahunan itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sejumlah 37 jenis sukan meliputi 490 acara bakal dipertandingkan dalam temasya yang akan diadakan di sembilan bahagian di Sarawak.
Menurutnya kluster sukan terlibat di selatan Sarawak iaitu Kuching berjumlah 25 jenis sukan, Samarahan (tiga), manakala Serian dan Sri Aman masing-masing satu acara sukan.
"(Wilayah tengah Sarawak) Betong mempunyai satu kluster sukan manakala Sibu dan Mukah masing-masing tiga jenis. (Di utara Sarawak) Bintulu pula mempunyai tiga jenis manakala Miri ada enam jenis sukan.
"Tujuan temasya SUKMA ke-21 diadakan di sembilan bahagian adalah supaya masyarakat di luar Kuching dapat menikmati limpahan ekonomi dan juga memberi peluang kepada atlet menikmati kekayaan budaya masyarakat di Sarawak yang berbilang kaum," katanya dalam ucapan pelancaran SUKMA dan Para SUKMA ke-21 di sini, pada Sabtu.
Teks ucapannya dibaca oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pernah menjadi hos SUKMA pada 1990 dan 2016, Sarawak sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah penganjuran SUKMA edisi ke-21 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan manakala Para SUKMA pula pada 20 hingga 28 Sept ini.
Abang Johari berkata bagi Para SUKMA pula sebanyak 10 sukan melibatkan 361 acara akan berlangsung di Kuching dengan anggaran jumlah 1,400 atlet para dan 600 pegawai.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata temasya sukan itu perlu dijadikan contoh dalam mewujudkan persekitaran sukan yang selamat berlandaskan Kod Sukan Selamat yang dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Mac 2023.
Beliau menyeru agar semua persatuan sukan memasukkan elemen sukan selamat dalam perlembagaan persatuan dan membangunkan polisi sukan selamat masing-masing.
"Melalui persekitaran sukan yang lebih kondusif, ia akan memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk terus memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk kekal bersaing secara berterusan.
"Kod ini juga boleh dijadikan rujukan kepada jawatankuasa pengelola untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha KBS Dr K. Nagulendran.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelancaran logo serta maskot rasmi SUKMA ke-21 yang menyaksikan kemunculan semula 'Satria' dan 'Satrina' yang berwajah baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Abang Johari berkata sejumlah 37 jenis sukan meliputi 490 acara bakal dipertandingkan dalam temasya yang akan diadakan di sembilan bahagian di Sarawak. - Foto UKAS
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.