MELAKA: Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, V.P. Shanmugam berkata, sasaran tersebut dilihat realistik dan sama seperti sasaran edisi lepas di Kuala Lumpur walaupun kontinjen Melaka ketika itu hanya berjaya meraih 17 emas, 11 perak dan 23 gangsa.
"Pada SUKMA kali ini kita percaya jumlah itu mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa atlet selain beberapa sukan yang dilihat mampu menghadiahkan pingat emas termasuk sukan wushu yang kita sasarkan 11 pingat emas daripada keseluruhan sasaran.
"Sukan lain yang kita percaya boleh menghasilkan pingat emas ialah akuatik, gimnastik, gimrama dan silat...bagi persiapan kontinjen Melaka, setakat ini telah melepasi 60 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Bapa Angkat, Jabatan Angkat dan Anak Angkat (Sukan) sempena SUKMA ke-21 yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka, Mohd Asri Ninggal.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, penyerahan watikah itu membabitkan 27 bapa angkat dalam kalangan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), 38 jabatan angkat dan 35 anak angkat daripada Persatuan Sukan Melaka.
Menurutnya. kontinjen Melaka akan menyertai kesemua 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada temasya itu nanti.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja bagi memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta bagi persiapan atlet negeri itu.
"Sebelum ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.5 juta sebagai persediaan kontinjen Melaka pada pembentangan Bajet 2024, namun jumlah itu dilihat perlu ditambah bagi membiayai elaun atlet dan jurulatih," katanya.
Terdahulu, Ab Rauf dalam ucapannya berharap penerima watikah dapat memainkan peranan masing-masing bagi membantu negeri itu mencapai kecemerlangan di SUKMA nanti.
Beliau juga mencadangkan kempen promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) turut diperluaskan dalam kalangan atlet yang mewakili negeri itu seperti dengan meletakkan logo kempen pada pakaian rasmi kontinjen Melaka.
"Memandangkan SUKMA di Sarawak masih dalam tempoh TMM2024, maka kita lihat kempen seperti ini boleh dibawa ke Sarawak... walaupun Melaka negeri yang kecil, kita mahu menunjukkan satu semangat negeri ini yang dinamik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
V.P. Shanmugam berkata, sasaran tersebut dilihat realistik dan sama seperti sasaran edisi lepas di Kuala Lumpur. - Gambar FB VPShanmugam
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.