awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma: Kelantan akur rayuan penyertaan bola sepak ditolak

Bernama
Bernama
08/07/2016
23:29 MYT
Sukma: Kelantan akur rayuan penyertaan bola sepak ditolak
Ketua Kontinjen Kelantan, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihaknya akan menghantar 214 atlet dan menyasarkan 16 pingat emas, 15 perak dan 23 pingat gangsa di Sukan Malaysia ke-18 Sarawak pada Ogos.
Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan akur dengan keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia ke-18 Sarawak (Sukma) menolak penyertaan pasukan bola sepak negeri itu beraksi pada temasya di Kuching dari 19 hingga 31 Ogos ini.
Ketua Kontinjen Kelantan, Datuk Rosmadi Ismail berkata pihaknya terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun telah membuat rayuan sebelum ini.
"Sebelum ini kami menghantar pasukan bola sepak untuk beraksi dalam Sukma namun selepas temasya lepas di Perlis pada 2014, kita tak hantar kerana pasukan terlibat dengan masalah disiplin.
"Namun pada tahun ini, kita cuba buat rayuan supaya pasukan bola sepak dapat sertai Sukma kerana masalah tersebut telah diatasi namun terpaksa akur selepas rayuan ditolak," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera Sukma XVIII di Dewan MSN, di Telipot di sini, Jumaat.
Penyerahan bendera Kelantan itu disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Jazlan Yaakub.
Dalam perkembangan sama, Rosmadi berkata pihaknya akan menghantar sejumlah 214 atlet dan menyasarkan 16 pingat emas, 15 perak dan 23 pingat gangsa.
Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan tahap prestasi semasa atlet yang terlibat menerusi 16 daripada 24 sukan seperti hoki, badminton, tinju dan olahraga.
Katanya bagi memberi ransangan kepada atlet untuk mencapai sasaran, itu, MSN Kelantan menyediakan insentif kepada atlet yang berjaya mengutip pingat dalam temasya berkenaan.
"Kami akan memberikan imbuhan sebanyak RM3,000 kepada pemenang pingat emas, RM2,000 untuk pingat perak dan RM1,000 untuk pingat gangsa bagi menyuntik semangat atlet untuk meraih kejayaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Rosmadi Ismail
#Kontinjen Kelantan
#Majlis Sukan Negeri Kelantan
#Sukan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan