awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma MSN: Kata-kata semangat rakan sepasukan bantu Chan Yi Wen raih emas skuasy

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2022
23:30 MYT
Sukma MSN: Kata-kata semangat rakan sepasukan bantu Chan Yi Wen raih emas skuasy
Saya banyak memaksa diri dalam gelanggang, saya berasa amat sakit di bahagian keting, kata Chan Yi Wen kepada wartawan Nadi Arena. - Foto Astro ARENA
KATA-kata semangat daripada rakan sepasukan menjadi titik kebangkitan buat pemain skuasy Wilayah Persekutuan, Chan Yi Wen, untuk meraih pingat emas acara perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.
Dalam perlawanan akhir itu, Yi Wen menang mudah 11-3 dalam set pertama ke atas wakil Kedah, Aira Azman.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya selepas itu menyaksikan dia terpaksa tunduk 8-11, 3-11 kepada Aira dalam dua set berikutnya.
Dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan sepasukannya, Yi Wen berhasil melakar kebangkitan dalam dua set terakhir untuk mencatatkan kemenangan 11-5, 11-4.
"Saya banyak memaksa diri dalam gelanggang, saya berasa amat sakit di bahagian keting," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz.
"Saya cuba mengatasinya dan gembira dapat melakukannya. Saya ketinggalan 1-2 dan berjaya bangkit untuk mengejar.
"Dalam set kedua, saya agak hilang kesabaran dan rentak kerana terlalu fokus terhadap keadaan tubuh saya berbanding perancangan permainan saya.
"Tetapi selepas tamat set ketiga, rakan-rakan memberikan saya semangat dengan berkata bahawa ia masih belum tamat.
"Jadi, saya hanya meningkatkan kepercayaan diri dan meneruskannya sehingga ke penghujung.
"Sukma terakhir di Perak, saya hanya mendapat pingat perak, jadi saya tidak mahu terlepas emas sekali lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Sukma MSN
#Chan Yi Wen
#pingat emas
#pemain skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan