awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma tidak pernah tersasar lahirkan atlet berkaliber - Faizal Azumu

Bernama
Bernama
17/09/2022
21:40 MYT
Sukma tidak pernah tersasar lahirkan atlet berkaliber - Faizal Azumu
Faizal berkata sejak temasya itu diperkenalkan pada 1986, ia tidak pernah tersasar daripada objektif utama melahirkan pelapis baharu. - Bernama
BANGI: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) terus menjadi lubuk melahirkan lebih ramai atlet yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata sejak temasya itu diperkenalkan pada1986, ia tidak pernah tersasar daripada objektif utama melahirkan pelapis baharu demi kecemerlangan sukan negara.
"Majoriti atlet-atlet hebat negara yang pernah dilahirkan semuanya bermula di pentas Sukma," katanya ketika berucap pada perasmiaan Sukma ke-20 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan temasya Sukma kali ini, yang berlangsung semalam hingga 24 Sept ini.
Temasya kali ini disertai seramai 6,652 atlet dan 2,709 pegawai daripada 15 kontinjen termasuk negara jemputan, Brunei Darussalam. Sejumlah 426 pingat emas menjadi rebutan dalam 31 jenis sukan.
Kebanyakan venue pertandingan melibatkan empat zon sekitar Lembah Klang - Kuala Lumpur, Bangi (termasuk Nilai, Seremban dan Putrajaya), Bukit Jalil dan Shah Alam - manakala pelayaran dianjurkan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#Ahmad Faizal Azumu
#atlet pelapis
#sukan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan