Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi meninjau persediaan Temasya Sukan SEA 2017 (KL2017).

Baginda diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Baginda turut meninjau venue sukan bersepadu khas untuk acara sukan renang dan terjun di Pusat Akuatik Nasional.

Malaysia menghantar kontinjen terbesar yang akan beraksi dalam Sukan SEA ke-29 kali ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan akan menghantar 844 atlet iaitu 469 atlet lelaki dan 375 atlet wanita.

Ia menjadikan penglibatan atlet negara sebagai yang terbesar dalam sejarah temasya dwitahunan itu.

Kontinjen negara juga dilihat mampu meraih lebih daripada sasaran 111 pingat emas berdasarkan prestasi semasa atlet di pentas antarabangsa untuk muncul juara keseluruhan KL2017.

KL2017 akan membuka tirainya bermula 19 hingga 30 Ogos ini.