awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumareh boleh didaftar sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
02/10/2018
08:04 MYT
Sumareh boleh didaftar sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019
Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh (baju hitam) bermastautin di Malaysia sejak berusia 12 tahun. - Gambar Instagram @sumareh_jnr26 @pahangfa_official
Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019, selepas Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), membuat keputusan untuk mengurangkan tempoh berkenaan Peraturan Pemain Naturalisasi kepada pemain pasukan Pahang itu.
Keputusan dicapai selepas mesyuarat yang dipengerusikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini, yang juga pengerusi MFL.
Menurut kenyataan MFL yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya, Pahang telah menghantar permohonan untuk mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan pada 2 Mac 2018.
Namun peraturan yang ditetapkan Manual Liga Malaysia meletakkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan, lima tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah.
Namun MFL mengambil kira permohonan Pahang FA yang menyatakan pemain kelahiran Gambia itu telah bermastautin di Malaysia sejak berusia 12 tahun dan Lembaga Pengarah membuat pertimbangan semula permohonan yang dikemukakan Pahang.
Keputusan Lembaga Pengarah MFL membolehkan Pahang mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan satu tahun bermula daripada tarikh permohonan Pahang, iaitu 2 Mac 2018.
Jika permohonan ditolak, Sumareh, 27 tahun hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai tahun 2023.
Sumareh bakal menjadi pemain naturalisasi pertama yang mewakili skuad kebangsaan selepas dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Pada Julai tahun ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi lampu hijau untuk menggunakan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan, asalkan tidak mengabaikan pemain tempatan.
BACA: Pemain naturalisasi: Tun M beri lampu hijau
Sebelum ini ada pemimpin sukan yang menganggap pengambilan pemain naturalisasi sebagai satu tindakan tidak bermaruah.
Topic Berkaitan
#Gambia
#MFL
#Mohamadou Sumareh
#naturalisasi
#pahang FA
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan