Sumareh kini berstatus pemain tempatan

Astro Awani
Januari 14, 2019 22:54 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra dengan Mohamadou Sumareh pada majlis perjumpaan pemain bolasepak skuad kebangsaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 7 Dis, 2018. --fotoBERNAMA/Fail
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan, dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Ahli Lembaga Pengarah MFL membenarkan rayuan pasukan Pahang untuk mendaftarkan pemain itu sebagai pemain tempatan pada Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.
Katanya, menurut laporan Bernama, keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah MFL selepas satu perbincangan teliti.
Pihak itu turut mengambil kira sumbangan pemain kelahiran Gambia berusia 24 tahun itu yang berjaya membawa skuad kebangsaan ke pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini.
BACA: Status Sumareh diketahui Rabu depan
BACA: #WeBelangTogether: Adakah Sumareh akan beraksi pada separuh akhir kedua?
Dalam kenyataan pada Isnin, Kevin berkata keputusan tersebut adil dan telus kepada PBNP dan Sumareh, juga satu langkah positif ke arah penambahbaikan mutu liga tempatan.
Berdasarkan peraturan Liga-M yang ditetapkan, setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu selewat-lewatnya Khamis lepas sebelum senarai penuh 30 pemain pada 20 Feb depan.
BACA: Piala AFF Suzuki: Jangan kecewakan saya, rakyat Malaysia - Tun Mahathir
#bola sepak #Gambia #kevin ramalingam #Liga Bola Sepak Malaysia #Mohamadou Sumareh #Pahang #PBNP #pemain naturalisasi #pemain tempatan #perpindahan #Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang #Piala AFF Suzuki 2018