awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumareh sah pemain baharu skuad Harimau Selatan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/02/2021
10:28 MYT
Sumareh sah pemain baharu skuad Harimau Selatan
Sumareh, bekas pemain pasukan Pahang turut berterima kasih di atas peluang yang diberikan serta akui teruja untuk beraksi bersama pasukan Harimau Selatan. - Twitter/@OfficialJohor
KUALA LUMPUR:Tidak sampai 24 jam selepas pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kehadiran penyerang import argentina, Jonathan Herrera bagi persediaan menjelang aksi sepak mula Liga Malaysia 5 Mac depan.
Hari ini, Mohamadou Sumareh pula yang disahkan bakal menyarung jersi Juara Liga Super itu menerusi satu kenyataan video ringkas.
Video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi JDT (@officialjohor), memaparkan pemain kelahiran Gambia itu akan mengenakan jersi nombor 13.
"Pemandu, tolong bawa saya ke kelab yang terbaik di Malaysia," jelas kenyataan menerusi video pengenalan Sumareh yang berdurasi 0:41 saat itu.
View this post on Instagram
A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)
JDT pada masa sama mengucapkan selamat datang kepada Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara.
Sumareh, bekas pemain pasukan Pahang turut berterima kasih di atas peluang yang diberikan serta teruja untuk beraksi bersama pasukan Harimau Selatan.
Sebelum ini, Sumareh berhijrah ke liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang FA dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.
BACA: Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand
Bola Sepak | Sumareh sah pemain baharu JDT
Topic Berkaitan
#JDT
#Mohamadou Sumareh
#Pahang
#pasukan Juara Liga Super
#Thailand
#Argentina
#Instagram
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan