awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sweden lakar kemenangan dengan bantuan VAR

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
18/06/2018
19:15 MYT
Sweden lakar kemenangan dengan bantuan VAR
Andreas Granqvist menjaringkan gol kemenangan Sweden ke atas Korea Selatan. - Gambar REUTERS/Matthew Childs
VAR sekali lagi membantu pengadil membuat keputusan, kali ini dalam perlawanan Sweden menentang Korea Selatan dalam saingan kumpulan F.
Ia digunakan untuk memberi penalti kepada Sweden yang kembali membuat penampilan dalam Piala Dunia selepas 12 tahun.
Kim Min-woo melakukan faul ke atas Viktor Claesson dalam kotak penalti dan permainan dihentikan buat seketika untuk memberi ruang kepada pengadil merujuk insiden tersebut menerusi video yang dirakam.
Kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist mudah menewaskan penjaga gol Korea, Cho Hyun-woo untuk memastikan Sweden mendahului 1-0 pada minit ke-65.
Sebelum itu, Sweden terlepas peluang untuk berada di depan apabila cubaan Marcus Berg dari jarak dekat diselamatkan Hyun-woo dalam babak pertama.
Ini merupakan kali pertama Sweden menang perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA sejak mengalahkan Mexico 3-0 sebagai tuan rumah pada 1958.
Korea pula masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan Piala Dunia FIFA dan ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang dialami mereka.
Sweden akan bertemu Jerman di Sochi pada 24 Jun, jam 2 pagi dan Korea akan bertemu Mexico pada 23 Jun, jam 11 malam di Rostov-on-Don.
Topic Berkaitan
#Andreas Granqvist
#Awani FIFA
#Cho Hyun-woo
#Kim Min-woo
#Korea Selatan
#Raya Bola 2018
#Sweden
#Viktor Claesson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan