KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menoktahkan kemenangan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.
Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia, yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.
Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.
Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.
"Tidak tahu macam mana hendak gambarkan apa yang kami rasa. Sudah tentu kami sangat gembira dapat membanggakan diri kami, untuk membanggakan negara kami, sebagai juara dunia pertama Malaysia," menurut Aaron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final hari ini.
Menurut Aaron: "Tahun lepas kami menang pingat gangsa Sukan Olimpik di Tokyo, tahun ini kami menang pingat emas juga di Tokyo. Saya rasa Tokyo membawa tuah kepada kami".
Aaron berkata perbezaan besar dalam pertembungan hari ini ketika menentang Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan kerana mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalam gelanggang dan tidak memikirkan mengenai mata sama ada mendahului atau ketinggalan.
"Kami tahu mereka bagus dalam mendapatkan tiga mata pertama, jadi kami cuba tukar corak permainan, cuba lebih sabar dan gunakan kekuatan kami," katanya.
Sementara itu, Wooi Yik berkata: "Kami sudah bergandingan selama empat tahun dan sering kali tewas di final dan separuh akhir dan akhirnya kali ini kami berjaya meraih kejuaraan. Saya banyak bermain di bahagian belakang. Saya pemain hadapan tapi saya mahu menguasai seluruh gelanggang. Ini strategi yang kami sedang usahakan".
Bagi Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut mereka kepada pasangan negara selepas tewas pada aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 dan suku akhir Terbuka Malaysia, Jun lepas.
Kekalahan kepada Aaron-Wooi Yik kali ini juga menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam 19 perlawanan di pentas kejohanan dunia.
Pencapaian Aaron-Wooi Yik hari ini menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia.
Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final masing-masing dalam acara perseorangan lelaki sebanyak lima kali dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.
Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan di pentas final terbanyak iaitu sebanyak empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 diikuti Wong Choong Hann (2003) selain beregu Jalani-Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini. - Foto Twitter BAM
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan
Keluarga Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersyukur pasangan beregu itu masyhurkan nama negara menjelang Hari Kebangsaan.
Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia
'The Daddies' itu menewaskan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.