awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik

Bernama
Bernama
11/10/2024
15:57 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
Pasangan profesional negara itu akan berdepan pemenang satu lagi aksi suku akhir antara rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pemburuan slot final. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024, hari ini.
Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Nur Izzuddin diheret beraksi hingga set penentuan sebelum berjaya mengetepikan gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-21, 19-21, 22-20 dalam pertarungan penuh mendebarkan.
Pasangan profesional negara itu akan berdepan pemenang satu lagi aksi suku akhir antara rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pemburuan slot final.
Turut melangkah ke separuh akhir, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon lai Jemie selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-19, 21-15.
Soon Huat-Shevon Lai akan berdepan sama ada Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia atau wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang bertemu dalam satu lagi aksi suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Separuh Akhir
#Terbuka Artik
#beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan