Tak sabar nak masuk gelanggang - Chong Wei

Najib Aroff
Oktober 12, 2018 09:09 MYT
Gambar ini dimuat naik laman Instagram Khairy Jamaluddin hari ini.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong awei akui tidak sabar untuk kembali ke gelanggang selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.
Perkara itu didedahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Instagram miliknya.
BACA: Chong Wei selamat tiba selepas jalani rawatan barah
“Melawat sang juara hari ini. Beliau sudah kembali dari rawatan kanser enam minggu di Taiwan.
“Beliau hilang 5 kilogram berat badan. Beliau perlu menguatkan sistem imun.” Tulis Khairy.
Berita tentang rawatan kanser Chong Wei sebelum ini disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekaligus mengejutkan negara malah komuniti sukan itu di arena antarabangsa.
Chong Wei pulang ke Malaysia pada Ahad lepas dan keluarganya meminta untuk diberi masa dan ruang kepada hero negara itu.
BACA: Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei - Norza
BACA: Semua keputusan di tangan Chong Wei
#jaguh badminton negara #Khairy Jamaluddin #lim chong wei