KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum kecemerlangan untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pithas Haningtyas Mentari pada saingan separuh akhir hari ini.
Kian Meng-Pei Jing yang kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir saingan jelajah dunia Terbuka Singapura 2019 hanya mengambil masa 46 minit bagi menundukkan beregu pilihan keenam itu dengan keputusan straight set 21-13, 22-20 di Stadium Palma, Suncheon.
Kian Meng-Pei Jing pada mulanya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendahului mata demi mata sebelum mudah menjinakkan lawan dalam set pertama.
Beralih set kedua, pilihan kedua kejohanan itu bagaimanapun menerima saingan lawan yang cuba mengheret permainan ke set penentuan namun tidak berupaya menidakkan kemaraan mereka.
Kemenangan tersebut menyaksikan Kian Meng-Pei Jing selaku wakil negara yang masih bertahan akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.
Sung Hyun-Hye Won terdahulu berjaya menewaskan rakan senegara Kim Wonho-Jeong Na Eun dalam satu lagi aksi separuh akhir berlangsung hari ini dengan keputusan 21-9, 21-15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Kian Meng-Pei Jing akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.- Gambar fail/BERNAMA

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.

Terbuka Malaysia: Pei Jing tidak mahu pulang awal sekali lagi
Pada edisi lepas, Pei Jing dan Tan Kian Meng tersingkir kepada rakan sepasukan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai seawal pusingan pertama.

Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing
Pang Ron selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu.

Nova Widianto jurulatih beregu campuran kebangsaan baharu
Pengetahuan dan pengalaman luas dimiliki Nova sangat bermakna kepada pemain dalam skuad kebangsaan.

Peng Soon, Yee See tinggalkan BAM
Rexy Mainaky mengesahkan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan meninggalkan BAM berkuat kuasa 30 November ini.

Badminton: Pearly Tan tidak cedera ACL
Imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mendapati pemain badminton beregu campuran negara, Pearly Tan, tidak mengalami kecederaan.

Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir
Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Menang emas beregu campuran, Tang Jie-Yen Wei tamat penantian 23 tahun
Pasangan itu menamatkan penantian emas selama 23 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran.

Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selangkah julang kejuaraan Badminton Terbuka Korea
Kian Meng-Pei Jing akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.