awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Rekod tanpa kalah KL City lebur di tangan JDT

Bernama
Bernama
18/12/2025
00:45 MYT
Liga Super: Rekod tanpa kalah KL City lebur di tangan JDT
Pemain KL City FC, Muhammad Syazwan Andik (tengah) mengawal bola sambil diasak dua pemain JDT pada saingan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur Cheras malam tadi. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Rekod tanpa kalah Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super musim ini lebur selepas tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, JDT berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Cristian Glauder yang menanduk masuk sepakan penjuru Oscar Arribas.
Selang dua minit kemudian, pemain sayap Harimau Selatan Manuel Hidalgo tenang menyumbat masuk bola muntah untuk jaringan kedua JDT sebelum Jairo Da Silva meledak gol ketiga pelawat pada masa kecederaan babak pertama untuk Harimau Selatan mendahului 3-0.
Bersambung babak kedua, JDT dilihat terus bernafsu mencari gol apabila terus mengasak kubu skuad warga kota.
Oscar melengkapkan malam cemerlang JDT apabila menjaringkan gol pada minit ke-73 sekali gus menamatkan aksi berkenaan dengan kemenangan 4-0.
Kemenangan itu menyaksikan JDT terus berada di puncak liga dengan mengutip 33 mata penuh dalam 11 perlawanan manakala KL City kekal di tangga kedua dengan mengumpul 23 mata selepas 10 perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#Kuala Lumpur City FC
#KL City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan