awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selangkah julang kejuaraan Badminton Terbuka Korea

Bernama
Bernama
09/04/2022
09:11 MYT
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selangkah julang kejuaraan Badminton Terbuka Korea
Kian Meng-Pei Jing akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum kecemerlangan untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pithas Haningtyas Mentari pada saingan separuh akhir hari ini.
Kian Meng-Pei Jing yang kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir saingan jelajah dunia Terbuka Singapura 2019 hanya mengambil masa 46 minit bagi menundukkan beregu pilihan keenam itu dengan keputusan straight set 21-13, 22-20 di Stadium Palma, Suncheon.
Kian Meng-Pei Jing pada mulanya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendahului mata demi mata sebelum mudah menjinakkan lawan dalam set pertama.
Beralih set kedua, pilihan kedua kejohanan itu bagaimanapun menerima saingan lawan yang cuba mengheret permainan ke set penentuan namun tidak berupaya menidakkan kemaraan mereka.
Kemenangan tersebut menyaksikan Kian Meng-Pei Jing selaku wakil negara yang masih bertahan akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.
Sung Hyun-Hye Won terdahulu berjaya menewaskan rakan senegara Kim Wonho-Jeong Na Eun dalam satu lagi aksi separuh akhir berlangsung hari ini dengan keputusan 21-9, 21-15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#badminton
#Kian Meng-Pei Jing
#Terbuka Korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan