awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag gembira Manchester United pamer semangat juang

Astro Arena
Astro Arena
27/08/2023
01:15 MYT
Ten Hag gembira Manchester United pamer semangat juang
Erik ten Hag gembira dengan tindak balas pemainnya terhadap "permulaan ngeri" mereka ketika Manchester United mengatasi defisit dua gol untuk menewaskan 10 pemain Nottingham Forest.
MAN UTD 3 FOREST 2
ERIK ten Hag gembira dengan tindak balas pemainnya terhadap "permulaan ngeri" mereka ketika Manchester United mengatasi defisit dua gol untuk menewaskan 10 pemain Nottingham Forest.
Selepas membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan ke atas Wolves tetapi menempa kekecewaan hujung di Tottenham, minggu lalu, suasana di Old Trafford menjadi detik empat minit pertama menjadi pengalaman mengerikan.
Taiwo Awoniyi hanya memerlukan 86 saat dan Willy Boly menambah satu lagi penyudah pada minit keempat untuk rekod terawal United pernah ketinggalan dengan dua gol dalam sesebuah perlawanan EPL.
Begitupun, kegigihan mereka untuk merapatkan jurang menerusi menerusi Christian Eriksen kemudian Casemiro menyumbat jaringan penyamaan selepas rehat sebelum Bruno Fernandes memastikan kemenangan menerusi sepakan penalti selepas pemain Forest, Joe Worrall, dibuang padang.
Pengurus United itu berkata: “Kami mahu menghiburkan peminat? Sudah tentu ia adalah satu permulaan yang ngeri, memberikan mereka dua gol dan membuat kesilapan.
“Tetapi saya sangat gembira dengan kebangkitan dengan kepimpinan untuk kami kekal tenang dan sabar.
“Kami berpegang teguh kepada taktikal dan dalam masa yang sama kami mempamerkan aksi di luar perancangan kami serta di luar prinsip dan peraturan kami. Kami menjaringkan gol yang bagus.”
Ditanya sama ada dia melihat kemenangan itu menjurus kepada aspek positif, pengurus berbangsa Belanda itu berkata lagi: “Saya fikir setiap pasukan pada permulaan musim ini mempunyai perkara yang perlu diperbaiki.
“Sudah pasti kami juga mempunyai beberapa masalah dan kami perlu mengatasinya jika mahu berjaya.
“Tetapi anda juga melihat pasukan ini mempunyai karakter yang besar, personaliti yang besar ada semangat yang sangat baik. Wujud tenaga dan mereka menemui jalan untuk menang jadi untuk hari ini, satu pujian buat pasukan.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#Old Trafford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan