awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni

Bernama
Bernama
19/02/2021
20:25 MYT
Tenang, jangan panik hadapi dugaan  - Azizulhasni
Azizulhasni adalah sandaran utama kontinjen negara di Tokyo bagi menamatkan penantian pingat emas pertama pada temasya berprestij dunia itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang berkongsi nasihat berguna mengenai kepentingan untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang walaupun menghadapi dugaan besar.
Dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman, Mohd Azizulhasni berkongsi pengalaman ketika zaman kanak-kanaknya mengisahkan dirinya yang hampir lemas ketika mengikut abang dan beberapa rakan lain mandi di sungai berdekatan kampung mereka.
"Apa yang saya hendak kongsikan, waktu abang saya, Azrul Hafiz ajar berenang selepas beliau selamatkan saya daripada lemas itu. Beliau ajar saya untuk terapungkan badan dulu. Beliau cakap saya kena relaks kerana kalau tidak saya akan tenggelam.
"Apabila abang saya suruh saya bertenang, saya cakap apa kau cakap ni... nanti aku lemas balik dalam air. Mula-mula memang takut, tapi apabila saya cuba belajar tenangkan diri, relakskan otak, tiba-tiba saya terapung dan saya kata ehh... betul ke ni," katanya.
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu mengaitkan dengan kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah lautan dunia.
"Kita umpama berada di sebuah lautan dunia. Kita hanya perlu terapung, jangan panik dan jangan lemas. Banyak daripada kita di luar sana lemas sebab mereka panik.
"Saya harap dan doakan semua supaya menjadi orang seperti itu (tidak mudah panik), menjadi insan yang meletakkan segala-galanya kepada Allah, Tawakal," kata Azizulhasni dalam hantarannya di media sosial semalam.
Pelumba berusia 33 tahun itu kini sedang menjalani latihan intensif di Melbourne, Australia bersama ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley, adalah sandaran utama kontinjen negara di Tokyo bagi menamatkan penantian pingat emas pertama pada temasya berprestij dunia itu.
BACA: Melbourne laksana perintah berkurung, Azizulhasni mohon rakyat doakan keselamatan keluarganya
BACA: Azizulhasni akhiri 2020 penuh bergaya
Azizulhasni mengharumkan nama negara tahun lepas apabila meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane pada Disember, satu-satunya pelumba luar meraih kejayaan berkenaan.
Kejayaan berkenaan meletakkan atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu menghuni kedudukan teratas dunia bagi acara pecut individu dan di kedudukan kedua bagi acara keirin dalam ranking terkini Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
View this post on Instagram
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#The Pocket Rocketman
#Azizulhasni Awang
#tenang
#jangan panik
#jaguh berbasikal
#pingat emas
#berenang
#Melbourne
#Tokyo
#Sukan Olimpik
#lemas
#mandi sungai
#dugaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan