SUSULAN insiden membabitkan pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab, yang didapati menendang pengadil dalam suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC pada hujung bulan lalu, kelab berkenaan mengumumkan bahawa kontrak pemain kebangsaan Jordan itu ditamatkan serta-merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Selangor FC berkata mereka telah menjalankan satu prosiding tatatertib melibatkan insiden berkenaan sebelum keputusan itu dibuat.

Menerusi video dan gambar yang ditularkan di laman-laman sosial, Yazan didapati menendang pengadil, Hasrol Amir, selepas dilayangkan kad merah dalam aksi berkenaan.

BACA: Tendang pengadil, Yazan minta maaf

BACA: 'Pemain kena profesional'

BACA: Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan


Sebagai rekod, Yazan telah melakukan 35 penampilan bersama Gergasi Merah dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super 2023.