SUKAN
Tengku Zafrul mahu penyelesaian segera isu kontrak Pearly-Thinaah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melawat sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru agar isu kontrak melibatkan Pearly Tan dan M. Thinaah diselesaikan dengan segera, sambil menyatakan harapan agar pasangan itu terus kekal bersama skuad kebangsaan.
Ringkasan AI
- Presiden BAM, Tengku Zafrul, menggesa penyelesaian segera isu kontrak Pearly Tan dan M. Thinaah, dengan harapan mereka terus kekal dalam skuad kebangsaan bagi memastikan kestabilan dan fokus pasukan.
- Pasangan beregu ini masih belum menandatangani kontrak baharu, walaupun mereka menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjuarai Terbuka Thailand pada Mei, di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM.
- BAM sedang berusaha memperkukuh garis panduan bagi pemain yang meninggalkan skuad kebangsaan, dengan pendekatan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar fokus utama kekal kepada hasil dan pembangunan sukan.
"Kedua, kita perlu memastikan semua pemain kekal bersama BAM. Jadi, saya telah meminta pihak pengurusan untuk mencuba sedaya upaya memastikan mereka kekal," katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan berkenaan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.
Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata BAM masih dalam usaha memperkukuh garis panduan bagi pemain yang sedang melalui proses peralihan keluar daripada skuad kebangsaan.
"Saya rasa kita perlu melihat perkara ini secara objektif kerana kita tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.
"Namun pada masa yang sama, seperti yang saya nyatakan, kita mahu fokus kepada hasil," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami