Rafael Nadal mengekalkan rekod sempurna bagi tahun 2018 apabila meraih kemenangan 6-1, 6-3, 6-1 ke atas Damir Dzumhur dalam saingan Terbuka Australia, semalam.
Pemain nombor satu dunia itu masih lagi belum tewas satu set di Melbourne dan membuktikan terlalu ampuh buat Dzumhur di Margaret Court Arena, sekaligus menempah slot pusingan keempat untuk bertemu Diego Schwartzman.
Dalam pertembungan di antara Dzumhur-Nadal dalam Terbuka Miami 2016, pemain berusia 22 tahun itu meraih kemenangan apabila Nadal terpaksa menarik diri kerana mengalami masalah kesihatan.
Tetapi Nadal kali ini menampilkan persembahan berbeza, dengan juara tahun 2009 itu selesa menyerap sebarang pukulan yang dilakukan oleh Dzumhur sepanjang perlawanan.
Nadal hanya memerlukan 22 minit untuk memenangi set pertama, malah ia mampu menjadi lebih pantas jika Dzumhur tidak berjaya menyelamatkan satu permainan dalam set tersebut.
Dzumhur mempamerkan kebangkitan dalam set berikutnya, apabila ketinggalan 2-0, dia berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sebelum tunduk kepada Nadal.
Tahap keyakinan wakil Bosnia itu semakin meningkat dalam set ketiga dan hampir memberikan masalah buat Nadal.
Pengalaman yang dimiliki oleh pemenang Grand Slam 16 kali itu ternyata menjadi pemisah di antara mereka apabila wakil Sepanyol itu cemerlang meraih kemenangan untuk menempat diri ke pusingan seterusnya.
Astro Arena
Sat Jan 20 2018
Nadal hanya memerlukan 22 minit untuk memenangi set pertama, malah ia mampu menjadi lebih pantas jika Dzumhur tidak berjaya menyelamatkan satu permainan dalam set tersebut. - Gambar REUTERS
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Terbuka Australia: Nadal cemerlang atasi Dzumhur
Rafael Nadal mengekalkan rekod sempurna bagi tahun 2018 apabila meraih kemenangan 6-1, 6-3, 6-1 ke atas Damir Dzumhur dalam saingan Terbuka Australia, semalam.