KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2021 setelah menewaskan rakan senegara Liew Daren pada pusingan kedua kejohanan semalam.
Pemain kelahiran Kedah berusia 22 tahun itu menundukkan pemain nombor 37 dunia, Daren menerusi kemenangan straight set 21-11, 21-14 untuk mengulangi aksi final All England 2021 menentang pemain nombor dua dunia, Victor Axelsen dari Denmark.
Zii Jia menang 30-29, 20-22, 21-9 ke atas Axelsen untuk merangkul gelaran juara kejohanan badminton tertua dunia itu di Birmingham Mac lepas.
Terdahulu, Axelsen berjaya menyingkirkan Lakhsya Sen dari India 21-15, 21-7 untuk mara ke suku akhir.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terkandas selepas tewas 21-19, 21-13 kepada pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Saito.
Harapan Malaysia pada beregu lelaki kini terletak pada bahu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani apabila kedua-dua gandingan itu bakal beraksi di suku akhir.
Pasangan bukan pilihan, Yew Sin-Ee Yi menewaskan Alexander Hall-Adam Hall dari Scotland 21-17, 21-11 untuk menempah slot bertemu gandingan dari Jerman Mark Lamfuss-Marvin Seidel yang sebelum itu mengalahkan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dari Chinese Taipei, 21-18, 21-13 pada pusingan kedua.
Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan aksi mengagumkan apabila mengecewakan pasangan pilihan ketujuh dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty setelah gandingan muda negara itu mencatat kemenangan mengejutkan 14-21, 21-15, 21-15.
Tugas berat pula menanti Sze Fei-Nur Izzuddin kerana bakal bertemu pilihan keempat Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto setelah pasangan Indonesia itu menyingkirkan gandingan India, M.R. Arjun-Dhruv Kapila 21-15, 17-21, 21-12.
Dalam kategori beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum baik ketika menundukkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 18-21, 21-18, 21-13.
Kian Meng-Pei Jing akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun selepas pasangan pilihan keempat itu menewaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningthyas Mentari dari Indonesia, 21-13, 22-20.
Perjalanan beregu profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie di Denmark berakhir selepas tersingkir daripada pertandingan oleh pasangan pilihan ketiga Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia, 21-14, 21-12.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Zii Jia berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2021 setelah menewaskan rakan senegara Liew Daren pada pusingan kedua kejohanan semalam. -Gambar fail/Bernama
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.